Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak ganja dirampas, penyalah guna muda ditangkap: CNB

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT trend membimbangkan tentang peningkatan rampasan kanabis, atau ganja, dan penyalah guna baru berumur di bawah 30 tahun dadah itu, ujar Biro Narkotik Pusat (CNB).



Walaupun methamphetamin, yang dirujuk sebagai 'Ice', terus menjadi salah satu dadah paling kerap disalah guna penggunaan kanabis telah meningkat, kata CNB pada Rabu semasa menyiarkan laporan statistik tahunannya bagi 2022.



Terdapat peningkatan 71 peratus dalam bilangan penyalah guna kanabis yang ditangkap - daripada 138 pada 2021 kepada 236 pada 2022.



Bilangan penyalah guna methamphetamin yang ditangkap pada 2022 pula berkurangan 9.4 peratus. Secara keseluruhan, 1,445 pengguna Ice ditangkap pada 2022, berbanding 1,595 pada 2021.



Ramai daripada penyalah guna kanabis muda itu adalah penyalah guna dadah baru.



CNB berkata dalam kalangan penyalah guna kanabis baru yang ditangkap pada 2022, 70 peratus berusia di bawah umur 30 tahun, termasuk seorang remaja berumur 14 tahun.



Menyifatkannya sebagai trend membimbangkan, CNB berkata hampir dua daripada tiga (61 peratus) pengguna kanabis berumur di bawah 30 tahun.



Trend itu berlaku di tengah-tengah peralihan global dalam sikap terhadap dadah, yang menyaksikan pelonggaran dasar berkaitan narkotik di beberapa negara, termasuk Thailand.



CNB berkata penyalahgunaan kanabis adalah masalah di serata dunia dan ia juga merupakan dadah yang paling luas digunakan di seluruh dunia.



Angka yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan jumlah keseluruhan penyalah guna dadah yang ditangkap pada 2022 bertambah 3 peratus kepada 2,812 orang, daripada 2,729 orang pada 2021.



Bilangan penyalah guna dadah yang ditangkap pada 2021 berkurangan berbanding 2020 di tengah-tengah interaksi sosial terhad akibat langkah Covid-19.



Tetapi rampasan dadah kekal tinggi sedang sindiket pengedar dadah menyesuaikan keadaan semasa pandemik dan menemui cara baru membawa dadah ke Singapura.



Angka itu menunjukkan lonjakan ketara jumlah kanabis yang dirampas pada 2022 - daripada 107.08kg pada 2021 kepada 133.25kg pada 2022.




"Fokus Singapura ialah membina masyarakat bebas dadah, bukan bertolak ansur terhadap dadah. Sebagai sebuah negara kecil, kita tidak mampu menanggung kemusnahan masyarakat yang boleh disebabkan oleh penagihan dadah yang berleluasa seperti yang disaksikan di negara lain."



- Encik Sam Tee, pengarah CNB, menggesa pendirian tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dadah dan orang ramai bersuara menentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >