Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kuasa bagi polis ambil, guna data DNA hurai kes jenayah

Xueling: Pemprofilan DNA berkesan kenal pasti suspek tepat dan cepat, lepaskan yang tak salah
Sep 13, 2022 | 05:30 AM



POLIS akan mempunyai lebih banyak kuasa untuk mendapatkan dan menggunakan data DNA bagi menyelesaikan kes jenayah dengan lebih baik.



Ini selepas Parlimen meluluskan pindaan Akta Pendaftaran Jenayah semalam.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata ini akan membolehkan pihak berkuasa membandingkan DNA yang diperoleh dari tempat kejadian jenayah dengan pangkalan data yang lebih besar, menjadikannya wadah lebih berkesan yang dapat membantu siasatan jenayah.



Sesiapa yang enggan memberi sampel dari tubuh mereka - termasuk sampel darah - dikira melakukan satu kesalahan.



Cik Sun berkata pemprofilan DNA merupakan wadah berkesan bagi membantu polis menyelesaikan kes jenayah dengan mengenal pasti suspek dengan tepat dan cepat, serta melepaskan mereka yang tidak bersalah.



"Untuk memastikan warga Singapura dapat terus menikmati tahap keselamatan tinggi, kita harus memastikan bahawa kita mempunyai keupayaan memerangi jenayah yang canggih dan polis mempunyai akses kepada wadah bermanfaat untuk mengesan dan menyelesaikan jenayah.



"Salah satu daripada wadah itu ialah pemprofilan DNA," ujarnya.



Pada 2021, Cik Sun berkata terdapat sekitar 800 padanan antara profil daripada pangkalan data DNA polis dengan profil DNA yang diperoleh dari tempat kejadian jenayah.



Namun, sebahagian besar sampel dari tempat kejadian jenayah, sekitar 60 peratus yang diperoleh antara 2017 dengan 2021, tidak dapat dipadankan apabila dibandingkan dengan pangkalan data DNA pihak berkuasa.



Oleh itu, beliau berkata usaha diperlukan untuk mengembangkan pangkalan data DNA polis bagi mempertingkat keupayaan mereka menyelesaikan kes jenayah.



"Lebih besar pangkalan data ini, lebih tinggilah peluang meraih padanan," ujarnya.



Cik Sun menggariskan lima peringkat utama dalam usaha mengambil dan menangani maklumat DNA.



Pertama, sampel diambil dari tubuh seseorang individu. Kedua, maklumat DNA diperoleh daripada sampel tubuh individu tersebut.



Ketiga, maklumat DNA itu disimpan dalam pangkalan data selamat.



Kemudian, maklumat DNA itu boleh digunakan bagi tujuan yang ditetapkan.



Seterusnya, maklumat DNA itu akan dihapuskan daripada pangkalan data itu jika perlu, sejajar dengan keperluan di bawah undang-undang.



Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) bertanya bagaimana pegawai membuat keputusan sama ada harus mengambil sampel DNA atau tidak.



Cik Sun berkata polis akan menilai jenis kesalahan jenayah itu, bukti yang ada dan sama ada harus mengambil maklumat DNA.



Beberapa Anggota Parlimen, termasuk Encik Derrick Goh (GRC Nee Soon), Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio), Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar), Encik Patrick Tay (Pioneer), Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) dan Encik Sharael, serta Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, juga bertanya tentang langkah keselamatan data serta memberi cadangan bagi melindungi maklumat sensitif.



Cik Sun berkata terdapat langkah untuk melindungi maklumat DNA itu dan mengenal pasti maklumat yang disimpan dalam pangkalan data tersebut.



Hanya individu bertauliah dibenarkan akses kepada pangkalan data DNA itu, dengan data itu disimpan di rangkaian selamat untuk mengelak daripada akses tanpa kebenaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >