Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak program kesihatan, belajar sepanjang hayat M3@ Geylang Serai

Turut beri tumpuan pada semarak budaya, kekal warisan
Jan 24, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam di kawasan Geylang Serai boleh menjangkakan lebih banyak program yang memberi tumpuan terhadap kecelikan kesihatan dan pembelajaran sepanjang hayat oleh M kuasa Tiga (M³) di Geylang Serai.



Mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam program yang bertujuan untuk menyumbang kepada usaha menyemarakkan budaya dan mengekalkan warisan Melayu.



Sejak dibentuk September lalu, sukarelawan dari M³@Geylang Serai telah membuat kunjungan ke rumah penduduk di Geylang Serai untuk memahami keperluan serta keprihatinan mereka.



Demikian dibentangkan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East Mohd Fahmi Aliman semasa pelancaran rasmi M³@Geylang Serai di Wisma Geylang Serai semalam.



M³@Geylang Serai adalah bandar kesembilan dilancarkan di bawah inisiatif M³ yang melibatkan kerjasama di antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki (Mendaki) dengan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Encik Fahmi menjelaskan M³@Geylang Serai akan memainkan peranan utama dalam tiga bidang yang dapat mempertingkat mutu kehidupan masyarakat Melayu/Islam.



"Ini termasuk menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan sihat dan mempertingkat kesejahteraan individu dan keluarga.



"Selain itu (program yang akan diadakan) juga akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat pada semua peringkat usia serta menyumbang kepada usaha melestarikan warisan Melayu," katanya.



Lokasi Geylang Serai yang unik dan menjadi nadi masyarakat Melayu juga diharapkan dapat membantu M³@Geylang Serai untuk menjangkau masyarakat Melayu secara keseluruhan dan tidak terhad kepada penduduk di kawasan tersebut.



Menurut Encik Fahmi, pasukan sukarelawan yang dibentuk juga menyasarkan untuk mendekati masyarakat melalui strategi yang diberi nama IHSAN.



IHSAN merupakan gabungan perkataan I-Improving atau mempertingkat mutu kehidupan penduduk, H-Helping atau membantu masyarakat, S-Serving atau berkhidmat kepada masyarakat tanpa berbelah bagi, A-Acting atau bertindak terhadap isu serta keprihatinan yang dikongsikan serta N-Never say never atau tidak pernah menyerah kalah.



Pasukan sukarelawan itu akan membuat kunjungan dari rumah ke rumah setiap dua minggu dan mendekati penduduk serta membentangkan khidmat yang ditawarkan.



Encik Fahmi juga berharap dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat Melayu/Islam untuk menjadi sukarelawan.



Sementara itu, Pengerusi M³@Geylang Serai, Encik Mohamed Fawzi Ishak, berkata program sejauh ini bermatlamat memperkasa masyarakat dan memenuhi keperluan mereka.



Menurutnya kunjungan dari rumah ke rumah yang akan dilakukan sukarelawan akan membantu memahami keperluan mereka dan jika perlu mereka boleh dirujukkan kepada agensi atau bantuan yang diperlukan.



"Melalui usaha ini kami harap M³@Geylang Serai akan menjadi pusat sehenti di mana mereka boleh mendapatkan semua rujukan yang diperlukan, supaya mereka tak tercari-cari bantuan yang mereka perlukan.



"Kami juga akan bekerjasama dengan penduduk, kumpulan seni dan bakat muda untuk menyemarakkan lagi budaya Melayu di Geylang Serai seperti seni tarian dan muzik.



"Dengan ini kami harap lebih ramai penduduk kita akan hargai dan nikmati budaya kita yang kaya," ujarnya.



LAPORAN LANJUT: M3 Cabaran, harapan sukarelawan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >