Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan harus diberi kepada kaum wanita: AP wanita

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan harus diberi kepada kaum wanita yang memikul tanggungjawab menjaga keluarga mereka, termasuk anggota keluarga warga emas, anak kecil dan individu berkeperluan khas.



Melahirkan harapan itu, beberapa Anggota Parlimen (AP) wanita yang berucap semasa bahas Belanjawan semalam menyarankan agar sokongan ini memenuhi keperluan sosial, kesihatan dan pekerjaan mereka bagi menyediakan sokongan yang menyeluruh dan kukuh.



Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio) antara lain menyarankan untuk memperluas kerjasama dalam Perikatan untuk Bertindak (AfA) mengenai sokongan bagi individu yang menjaga golongan kurang upaya (PWD) yang dibentuk Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) serta SG Enable untuk turut merangkumi agensi lain seperti Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



Beliau juga menyarankan agar perikatan itu diperluas untuk memberi lebih tumpuan pada golongan penjaga wanita.



AP wanita yang berucap semalam akur bahawa kedua-dua lelaki dan wanita boleh memainkan peranan menjaga anggota keluarga mereka.



Bagaimanapun, kaum Hawa yang selalunya memainkan peranan tersebut.



Dengan saiz keluarga lebih kecil dan lebih ramai keluarga yang kedua-dua ibu bapa bekerja kini, Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) berkata orang ramai amat bergantung pada pusat jagaan siang hari dan pembantu rumah.



Malah, sesetengah anggota keluarga terpaksa meninggalkan kerjaya mereka untuk menjaga anggota keluarga lain.



Tambahnya, trend ini dijangka meningkat pada masa akan datang.



"Dengan bantuan teknologi dan sumber masyarakat yang dikenal pasti, kita harus mempertimbang wadah yang dapat membantu memenuhi keperluan keluarga, dekat dengan rumah mereka.



"Hubungkan wanita yang boleh menawarkan khidmat sambilan dekat rumah mereka dan bolehkan pekerja dalam perkhidmatan penting, khususnya mereka yang bergaji rendah atau ibu tunggal, imbangi antara tanggungjawab menjaga keluarga mereka dengan meraih pendapatan tambahan menerusi kerja dalam masyarakat," ujar Cik Chan.



Dalam ucapannya kelmarin, Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) turut menarik perhatian perlunya mempertingkat sokongan bagi mengurangkan beban pekerja wanita yang turut memikul tanggungjawab menjaga anggota keluarga mereka.



Beliau menyarankan agar ditubuhkan satu daftar penjaga profesional berdasarkan lokasi yang antara lain boleh membantu menjaga warga emas dan kanak-kanak supaya wanita boleh mendapatkan khidmat jagaan dalam masyarakat jangka pendek dengan lebih mudah.



Dalam pada itu, beberapa AP wanita lain turut bercakap tentang memperkasa wanita membina keupayaan digital mereka serta membantu mereka mencapai potensi penuh serta memiliki kerjaya yang bermakna.



Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines) antara lain menyarankan untuk membenarkan wanita membekukan telur mereka secara sukarela, dengan undang-undang dan rangka kerja yang ditetapkan.



Kini, hanya wanita dengan masalah kesihatan tertentu dibenarkan melakukan demikian di Singapura.



"Saya percaya wanita yang membekukan telur mereka secara sukarela benar-benar ingin menjadi ibu... dan sedang kita terus berusaha membuka semula masyarakat dan ekonomi kita dengan selamat dan berdaya tahan, saya berharap kita juga dapat meninjau semula pembekuan telur secara sukarela ini dan membuka hati serta minda kita untuk menyokong harapan serta impian ramai keluarga di Singapura," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >