Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak syarikat F&B dibuka

Dari Jan hingga Ogos tahun ini, 2,277 firma dibuka berbanding 1,748 ditutup: Acra
Oct 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak syarikat makanan dan minuman (F&B) yang dibuka daripada yang ditutup sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.



Sebanyak 2,277 firma makanan dan minuman dibuka dari Januari hingga Ogos tahun ini berbanding dengan 1,748 yang tutup dalam tempoh yang sama, menurut perangkaan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) yang ditinjau Berita Harian (BH).



Trend serupa juga dilihat sepanjang tahun lalu apabila 3,934 F&B dibuka, berbanding 2,455 yang ditutup.



Ini di sebalik cabaran yang dihadapi F&B seperti kesukaran mendapat tenaga pekerja dan harga sewa yang meningkat.



Untuk menyesuaikan diri dengan tempoh pascapandemik, syarikat juga menebarkan sayap untuk meningkatkan keupayaan, antaranya dengan menyewa dapur pusat sendiri.



Antara F&B yang dibuka tahun ini ialah Malayan Council Group, yang membuka restoran terbaru di Esplanade.



Pengerusi Malayan Council Group, Encik Mohamad Hafiz Salim al-Khatib, berkata peluasan ini merupakan satu pengembangan yang baik buat Malayan Council Group.



"Ia juga satu cara memperkenalkan selera dan adab orang Melayu kepada masyarakat lain, termasuk masyarakat ekspatriat, di kawasan itu," kata beliau, yang juga mempunyai cawangan di Bussorah Street, Windstedt dan Dunlop Street.



Walaupun akur sewa adalah tinggi, Encik Hafiz berkata mereka memutuskan untuk membuka restoran di kawasan pusat bandar, menjadi satu pengalaman perniagaan yang baik untuk syarikatnya.



Salah satu F&B yang tutup, Lina Satay Club selepas beroperasi selama beberapa tahun di Jurong dan Sunset Way, kini mengalihkan tumpuan perniagaan dengan menyewa dapur pusat serta model operasi yang mengutamakan penghantaran.



Pemiliknya, Encik Mohd Fadlin Osman, dan isterinya, Cik Azlina Abdul Ghaffar, berkata sekitar 60 peratus pendapatan mereka kini daripada khidmat penghantaran makanan.



"Walaupun keadaan semakin pulih di sini dan orang ramai dapat menjamu selera seperti biasa, sebahagian besar pelanggan kami masih memilih menggunakan khidmat penghantaran.



"Oleh itu, kami yakin bahawa peralihan model perniagaan ini membolehkan kami terus kekal berdaya saing dengan perniagaan F&B yang lain," jelas Cik Azlina.



Pemangku Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Nadiah Hassan, berkata pandemik Covid-19 telah mengubah industri F&B, sekali gus memaksa restoran mencari cara baru bagi menawarkan makanan kepada pelanggan mereka.



"Kebanyakan syarikat F&B tutup sepenuhnya atau beralih kepada konsep penghantaran atau pengambilan makanan atau takeaway untuk kekal bertahan.



"Kita dapat lihat bagaimana anggota kami kian lebih aktif dalam memasarkan produk mereka dalam media sosial apabila mereka sedar bilangan pelanggan ke restoran mereka semakin berkurang," katanya.



"Ini yang memaksa sesetengah daripada mereka untuk beralih ke konsep yang baru."



Beliau turut menambah perniagaan juga sedar ramai yang masih mahu membeli makanan dan menikmatinya di dalam keselesaan rumah mereka sendiri dan bukan makan di luar.



Ini lebih-lebih lagi dengan ada yang masih lagi bekerja dari rumah dan bukan sepenuhnya di pejabat.



"Bagi perniagaan untuk kekal bertahan, restoran terus menggunakan khidmat penghantaran.



"Kami percaya mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat, dengan menawarkan khidmat penghantaran untuk menyokong keperluan pelanggan mereka, mempunyai peluang terbaik untuk terus bertahan dan berkembang maju," katanya.



Selain itu, Cik Nadiah berkata dengan menyediakan khidmat penghantaran, ia tidak secara langsung membantu syarikat merangsang kehadiran mereka dalam talian termasuk di wadah media sosial DPPMS.



LAPORAN SELANJUTNYA






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >