Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak usaha kolektif diperlu bagi pupuk kesedaran perubahan iklim

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN ada terdapat banyak usaha memupuk kesedaran terhadap isu perubahan iklim di peringkat individu, jauh lebih lebih penting ialah usaha secara kolektif bagi melibatkan lebih ramai pihak, baik individu mahupun majikan dan sistem perundangan.



Demikian menurut satu sesi panel yang mengupas peluang pekerjaan dan usaha Singapura dalam menangani isu perubahan iklim anjuran AMP Singapura semalam.



Lima panel pakar industri kemapanan telah membincangkan tajuk Teknologi Bersih - Sudah Terlewat ingin Berubah ke arah Hijau sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030 yang dibentangkan Februari lalu.



Ia menampilkan Cik Farah H. Sanwari, pengasas bersama FiTree; Cik Swati Mandloi, wakil belia di Tindakan Iklim Belia Singapura (SYCA); Encik Irianto Safari, Konsultan Utama di SCAVAI Alliance; Dr Arshad Salema, Pensyarah Kanan di Universiti Monash, Malaysia; Encik Azhar Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di GENES Group, dan moderator Cik Lastrina Hamid, pengasas bersama SYCA.



Mereka berkongsi betapa setiap individu dapat memainkan peranan dalam usaha membina dunia lebih mesra alam, selain teknologi penghasilan tenaga elektrik bersih.



Turut dibincangkan ialah prasarana dan sistem pengangkutan awam lebih mesra alam, pengurangan pelepasan karbon menerusi teknologi Blockchain dan Kecerdasan Buatan (AI), serta penyediaan pekerjaan hijau akan datang.



Berkongsi tentang teknologi Blockchain, misalnya, Encik Azhar berkata: "Sebenarnya, peringkat yang kita sekarang berada mencabar sekali. Perjalanannya masih panjang dan amat mencabar, dan isu perubahan iklim akan menjadi lebih besar dalam lima, 10 atau 20 tahun akan datang.



"Meskipun ada hambatan di mana pihak-pihak tertentu masih menimbangkan apa manfaatnya dari segi kewangan, terutama ketika ingin beralih ke teknologi baru.



"Ini kerana dengan memperkenal huraian baru untuk menangani isu perubahan iklim, banyak perniagaan akan terjejas."



Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berkata dengan usaha Singapura membina negara lebih hijau untuk generasi akan datang, adalah penting bagi rakyatnya, termasuk golongan karyawan, mengikuti perkembangan ini.



"Menerusi persidangan ini, AMP berharap dapat menyediakan akses kepada masyarakat untuk lebih memahami teknologi dan pembangunan mampan, serta kesannya, dengan pandangan yang berharga daripada para pakar industri terkemuka.



"Kami berharap dapat memperkasa mereka untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara dengan menggunakan teknologi bersih sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >