Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih faham bahasa peguam, aplikasi undang-undang sivil setelah ikuti program Doktor Juris

Nov 19, 2023 | 05:30 AM



Sekitar dua dekad lalu, Ustaz Muhammad Fazalee Jaafar membatalkan rancangannya untuk mengikuti program Doktor Juris (Doktor Perundangan) kerana mengenangkan adik-adik yang ramai dan masih bersekolah.

Pada waktu itu, beliau baru tamat pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, dan program Doktor Juris yang mahu diikutinya itu akan membawanya lebih dekat kepada impiannya untuk menjadi seorang peguam di Singapura.

Beliau mahu mengikuti jejak langkah Almarhum Ustaz Muhammad Kamil Fadhlullah Suhaimi yang merupakan guru agama dan juga peguam semasa hayatnya.

“Saya tidak pernah menemuinya, tapi saya selalu mendengar tentang adanya ustaz yang juga peguam di Singapura. Beliau seorang sahaja yang begitu pada waktu itu. Jadi selepas menyelesaikan dwi-ijazah saya di Al-Azhar, saya fikir jika ada peluang, saya mahu mengikuti program Doktor Juris saya di England. Tapi pada waktu itu, adik-beradik ramai… jadi saya rasa masanya tidak sesuai. Itu adalah masa saya untuk membantu orang tua,” kata Ustaz Fazalee, anak sulung dalam keluarga tujuh beradik.

Beliau mula bekerja dan menyandang pelbagai jawatan termasuk sebagai pegawai dakwah masjid di Masjid Al-Istighfar dan ketua Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah, hinggalah dilantik menjadi Presiden di Mahkamah Syariah pada 2016.

Setelah beberapa tahun di sana, timbul kembali keinginan untuk menyertai program Doktor Juris yang sudah mula ditawarkan di Sekolah Undang-Undang, Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Pada 2019, Ustaz Fazalee menyertai program yang melatihnya dalam bidang undang-undang jenayah serta keluarga itu, dan tamat pengajian pada Ogos 2023.

“Saya melihat program itu sebagai peluang untuk saya mempertingkatkan diri dan belajar dalam sebuah institusi yang diiktiraf.

“Sebagai Presiden di Mahkamah Syariah, saya bekerja dengan ramai peguam dan saya rasa penting untuk melengkapi diri saya dengan pengetahuan yang dimiliki peguam.

“Bagi saya, ilmu itu bernilai kerana saya dan peguam dapat bercakap dalam bahasa yang sama, dan saya dapat faham bagaimana undang-undang berfungsi dan bagaimana ia diaplikasikan dalam mencapai keputusan,” kata beliau yang perlu mengambil Bahagian B Peperiksaan Peguam Singapura sebelum boleh diterima masuk ke Badan Peguam (Bar).

“Kita juga ada aplikasi undang-undang dalam Syariah, tetapi rujukannya berbeza. Kita menggunakan Al-Quran dan Sunah dan bagaimana kita menyimpulkan hukum-hakam dari situ. Mempunyai pemahaman tentang bagaimana undang-undang Singapura berfungsi dan diaplikasikan adalah satu ilmu yang berharga,” tambahnya yang pernah menganggotai Lembaga Rayuan Muis.

Banyak yang perlu dipelajari bapa enam anak itu dalam masa yang singkat sejak beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Syariah pada 2016 bersama Ustazah Raihanah Halid.

Kedua-duanya telah dipinjamkan daripada Muis dengan tempoh pelantikan mereka diperbaharui setiap dua tahun.

Mereka berdua dibimbing Presiden Kanan, Ustaz Mohamad Haji Rais, serta Presiden, Encik Zainol Abeedin Hussin, yang bersara setahun kemudian.

“Saya perlu membaca alasan keputusan presiden lalu dan memahami proses mahkamah. Pada waktu itu saya tidak berapa tahu tentang prosedur dan proses mahkamah. Saya belajar daripada Ustaz Mohamad dan Encik Zainol Abeedin serta pendaftar yang banyak membantu. Mereka memberi saya masa untuk memahami proses itu.

“Saya juga diberi peluang belajar daripada hakim di Mahkamah Keadilan Keluarga.

“Saya perlu belajar dengan cepat, dan mendapatkan semua ilmu dan pengetahuan yang diperlukan untuk saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai Presiden,” kata Ustaz Fazalee, 48 tahun, yang juga memiliki ijazah sarjana dalam Pengajian Islam Antara Disiplin di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Indonesia.

Semasa beliau mula mendengar kes perceraian di mahkamah, beliau tidak lena tidur selama sekitar enam bulan, memikirkan tentang keputusan yang perlu dibuatnya.

Beliau terpaksa belajar meletak tepi isu-isu yang dihadapi pasangan-pasangan itu sebelum pulang ke rumah jika mahu dapat melelapkan mata pada malam hari.

“Kadangkala jika saya dapat tidur, ia masuk dalam mimpi saya. Ia sesuatu yang menjejas emosi saya, dan ia membuat saya fikir bagaimana mungkin saya dapat menyelesaikan masalah mereka kalau mereka sendiri tidak boleh menyelesaikannya. Ia sesuatu yang berat kerana saya perlu memutuskan untuk mereka, apa yang saya rasa adalah yang terbaik dan adil untuk mereka selepas bercerai,” kata Ustaz Fazalee.

Kini, walaupun tujuh tahun telah berlalu sejak beliau mula menyandang tugas Presiden Mahkamah Syariah, Ustaz Fazalee berkata beliau “masih dilema” terutama apabila berdepan dengan kes melibatkan hak penjagaan anak-anak.

Dalam kes sedemikian, beliau perlu mempertimbangkan kepentingan anak-anak itu, dan keputusan yang dibuatnya harus memastikan ibu bapa memainkan peranan mereka dalam menjaga anak-anak itu selepas bercerai.

Selain mendengar kes dan memberi pertimbangan, Presiden Mahkamah Syariah juga dikehendaki membangunkan undang-undang kerana “pertimbangan kita akhirnya menjadi undang-undang untuk digunakan oleh pengamal,” kata Ustaz Fazalee.

Beliau menerangkan bahawa pertimbangan daripada presiden dan lembaga rayuan dimasukkan dalam Laporan Rayuan Syariah Singapura (SSAR), sebuah sumber untuk peguam, terutama yang mengamalkan undang-undang keluarga Syariah.

Enam alasan keputusan Ustaz Fazalee telah disertakan dalam SSAR Jilid 8, terdiri daripada kes dari 2019 hingga 2021, yang diterbitkan pada 2022.

Ini termasuk keputusan yang dibuat bagi kes DJ v DK (2021) yang mana Ustaz Fazalee memberi penjelasan tentang tujuan nafkah idah, prinsip dalam menilai jumlah yang perlu dibayar untuk mut’ah dan hak anak-anak untuk hasratnya didengar apabila mencapai umur tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Sepanjang berkhidmat di Mahkamah Syariah, Ustaz Fazalee telah menyumbang kepada penubuhan proses pemilihan hakam yang teratur untuk Panel Hakam 2023 dan menyokong hakam menerusi latihan berkala. Hakam terdiri daripada asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Muis dan menghuraikan perselisihan rumah tangga antara pihak yang terlibat.

Beliau juga menerajui semakan proses Niat Untuk Rujuk (ITR) – sebuah proses yang dibezakan bagi suami isteri yang bercerai untuk merujuk kembali sebelum tamat tempoh idah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >