Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih mudah bagi institut penyelidikan buat kajian laut

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SATU perjanjian antarabangsa baru yang antara lain memberikan negara-negara hak saksama bagi melakukan kegiatan di lautan luas membuka lebih banyak peluang bagi institut pengajian tinggi dan syarikat maritim setempat melaksanakan penyelidikan.



Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Isnin berkata perjanjian mercu tanda itu relevan dan memberi manfaat kepada Singapura, kerana ia mengatur amalan saintifik terbaik dengan cara yang merentas sempadan.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan di Parlimen mengenai Perjanjian bagi Perlindungan dan Penggunaan Secara Mampan Kepelbagaian Biologi Marin bagi Kawasan Melangkaui Bidang Kuasa Negara (BBNJ), atau Treaty on Conservation and Sustainable Use of Marine Biodiversity of Areas Beyond National Jurisdiction.



Rundingan bagi perjanjian BBNJ itu dimuktamadkan pada 4 Mac dan memastikan lautan luas sebagai sumber dikongsi negara-negara sedunia berdasarkan undang-undang antarabangsa.



Dr Balakrishnan berkata perjanjian itu membolehkan dunia menggunakan lautan luas dan sumber marin bagi pembangunan mampan, serta berusaha mencapai matlamat sedunia melindungi 30 peratus kawasan darat, kawasan berair, pantai dan lautan menjelang 2030.



Bagi 15 tahun, negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah berunding tentang lautan luas - iaitu perairan yang berada pada jarak lebih 200 batu nautika dari pantai, termasuk dasar laut dan ruang udaranya.



Lautan luas merangkumi hampir separuh permukaan Bumi dan dikongsi oleh semua negara mengikut undang-undang antarabangsa.



Ini bermakna negara-negara mempunyai hak yang saksama ke atas lautan dan boleh melakukan kegiatan memancing atau penyelidikan saintifik di sana.



Namun, hanya beberapa negara, buat masa ini, telah merebut peluang yang ada.



Perjanjian itu bertujuan menangani sebahagian ketidaksamaan dalam keupayaan negara-negara berbeza untuk menguruskan dan menggunakan sumber melebihi undang-undang sesebuah negara, kata Dr Balakrishnan.



"Ia membolehkan lebih banyak perkongsian dan dengan cara yang lebih saksama, manfaat yang timbul menerusi penyelidikan saintifik kelautan dalam bidang ini bagi semua negara, dan ia juga akan memperkukuh usaha membangun keupayaan bagi negara-negara membangun, supaya memelihara dan menggunakan kepelbagaian marin masing-masing dengan lebih baik," kata beliau, menambah.



Dr Balakrishnan juga meluahkan rasa bangga kerana seorang warga Singapura, Cik Rena Lee, iaitu Duta Singapura bagi Isu-Isu Kelautan dan Undang-Undang Laut, telah mengepalai lima sidang silang pemerintah antara 2018 hingga 2023, yang membuka laluan bagi perjanjian itu dicapai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >