Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai hadiri acara seni, budaya: MCCY

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



KEHADIRAN dan kunjungan ke muzium dan acara seni serta kebudayaan setempat mencatat jumlah tertinggi pada 2019, menurut Statistik Kebudayaan Singapura 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) semalam.



Bilangan itu termasuk bagi acara seni dan kebudayaan serta pameran yang dianjurkan bagi memperingati 200 Tahun Singapura atau Bicentennial Singapura sejak ketibaan Sir Stamford Raffles.



Acara seni dan kebudayaan telah menerima 15.6 juta kehadiran pada 2019, naik sekitar 15 peratus berbanding rekod 13.6 juta yang dicatat pada 2018.



Ini terdiri daripada rekod 13.6 juta kehadiran di acara tidak bertiket, ekoran peningkatan dalam kehadiran di acara tahunan berskala besar seperti Festival Warisan Singapura dan Festival Malam Singapura yang turut menyertakan tema berkaitan memperingati Bicentennial Singapura.



Bilangan kehadiran di pameran begerak ke sekolah dan kawasan perumahan yang dianjurkan muzium-muzium negara serta institusi warisan juga didapati meningkat.



Kehadiran di acara seni persembahan bertiket pula mencecah hampir 2 juta, iaitu jumlah kedua tertinggi sejak 2013.



Sementara itu, kunjungan ke lebih 50 muzium awam dan privet serta institusi warisan pula mencapai rekod hampir 9.6 juta pada 2019.



Ini peningkatan 16 peratus berbanding 2018, kata MCCY.



Selain itu, kunjungan ke institusi warisan dan muzium-muzium negara juga mencatat rekod baru hampir 5.8 juta, yang tertinggi sejak 2013.



Ini rata-rata dipacu oleh program dan pameran khas pada 2019, termasuk yang dianjurkan bagi memperingati Bicentennial Singapura.



"Sebagai contoh, sebagai sebahagian daripada program Bicentennial Experience, pelajar sekolah yang menonton pameran Bicentennial di Fort Canning Park juga mengunjungi galeri tetap di Muzium Negara Singapura," kata MCCY.



Kementerian itu menambah akan terdapat penurunan curam dalam statistik utama bagi 2020, yang akan dilaporkan dalam Statistik Kebudayaan Singapura 2021.



Ini kerana acara dan kegiatan budaya serta seni telah dibatalkan, dianjurkan dalam skala lebih kecil, atau ditukar ke versi digital disebabkan oleh pandemik Covid-19.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, mengajak semua warga Singapura agar terus menyokong seni dan budaya setempat sebagai sumber kenikmatan, pembelajaran dan kebanggaan.



"Sedang Covid-19 telah menjejas sektor itu pada 2020, pemerintah komited untuk bekerja rapat dengan rakan kongsi kita untuk menampung kehidupan, menyediakan peluang kerja, dan membangunkan keupayaan baru dan berkaitan untuk menempatkan seni dan budaya kita bagi pemulihan pasca-Covid-19," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >