Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai tukar kerjaya ceburi bidang kejururawatan

Covid-19 cetus kesedaran, penghargaan lebih besar bagi jururawat
Aug 01, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM Penukaran Profesional (PCP) dalam bidang kejururawatan semakin mendapat sambutan memberangsangkan, dengan lebih ramai peserta menyertai program tersebut untuk meneroka dan menceburi kerjaya baru dalam profesi tersebut tahun lalu.



Pada tahun lalu saja, terdapat kenaikan 70 peratus dalam jumlah peserta yang ditempatkan dalam PCP kejururawatan berbanding 2019, kata Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) yang menawarkan PCP tersebut.



Ini termasuk bagi PCP untuk Jururawat Berdaftar (Sarjana Muda), PCP untuk Jururawat Berdaftar (Diploma), dan PCP untuk Jururawat Mendaftar.



WSG berkata kenaikan itu kemungkinan disebabkan munculnya pandemik Covid-19.



"Ini mungkin disebabkan timbulnya pandemik Covid-19, yang mencetuskan kesedaran dan penghargaan lebih besar bagi kejururawatan sebagai kerjaya.



"Di samping itu, terdapat kenaikan hampir 50 peratus dalam permohonan yang diterima bagi PCP dalam bidang kejururawatan bagi pengambilan tahun 2021 berbanding 2020," kata agensi itu.



Sejak 2003, sekitar 1,500 individu pertengahan kerjaya setempat telah menyertai PCP berkaitan kejururawatan tersebut.



WSG berkata pihak mereka menyedari bahawa individu pertengahan kerjaya ini membawa banyak pengalaman daripada kerjaya lalu mereka ke dalam kerjaya baru dalam penjagaan kesihatan, menjadikan masyarakat sektor itu lebih bertenaga dan inklusif.



"Oleh itu, kenaikan dalam penempatan PCP menunjukkan komitmen WSG untuk menyediakan lebih banyak peluang dan laluan kepada individu pertengahan kerjaya ini memasuki sektor penjagaan kesihatan, di mana terdapat banyak peluang pekerjaan dek penduduk kita yang semakin menua," kata WSG.



Yuran kursus bagi setiap daripada PCP dalam bidang kejururawatan itu dibiayai sepenuhnya oleh WSG, Kementerian Kesihatan (MOH) dan sebuah pertubuhan penaja bersama. Peserta juga akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan mereka.



Peserta PCP untuk Jururawat Berdaftar (Sarjana Muda) akan melalui pengajian sarjana muda sains (kejururawatan) selama dua tahun di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Peserta akan menerima elaun latihan antara $2,170 dengan $2,520 sebulan, bergantung pada pengalaman kerja mereka, sepanjang tempoh latihan.



Bagi PCP untuk Jururawat Berdaftar (Diploma), peserta akan menyertai pengajian diploma dalam kejururawatan (dipercepatkan) selama dua tahun di Politeknik Nanyang (NYP) atau Politeknik Ngee Ann.



Elaun bulanan yang akan diterima peserta adalah antara $1,700 dengan $2,050.



Peserta di bawah PCP untuk Jururawat Mendaftar pula akan mengikuti pengajian Nitec dalam kejururawatan selama dua tahun di Kolej Timur Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan akan dibayar elaun bulanan antara $1,300 dengan $1,550.



Individu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menyertai PCP tersebut boleh melungsuri laman https://conversion.mycareersfuture.gov.sg



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >