Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai usahawan teroka e-dagang, penuhi keperluan pelanggan: Masagos

Sep 09, 2023 | 08:40 PM



Usaha inovatif menyediakan platform yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menjual barangan dalam talian, mengumpul barang kitar semula dan bekerjasama dengan syarikat katering makanan bagi menangani pembaziran makanan adalah yang dikemukakan sebuah syarikat pemula yang menyertai program keusahawanan Protégé Kita di bawah bimbingan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) semasa pelancaran acara yang diberi nama Selokal 2023.


Diberi nama Biji, ia menggambarkan kreativiti dan ketangkasan teknologi usahawan muda dalam membangunkan khidmat bermanfaat untuk semua.

Selokal 2023 yang berlangsung di Our Tampines Hub melibatkan 23 peserta daripada syarikat pemula tempatan dan perniagaan berpangkalan dari rumah (HBB). Hadir sebagai tetamu terhormat adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


“Pasca pandemik Covid-19 menyaksikan lebih ramai usahawan meneroka e-dagang dan perniagaan dalam talian termasuk mereka yang menjalankan bisnes di rumah. Pandemik ini membolehkan para usahawan kita mencari cara-cara baru untuk menyesuaikan diri dan memenuhi keperluan pengguna,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dalam satu hantaran di Facebook selepas acara itu.

Beliau gembira dapat hadir ke acara Selokal kerana dapat berinteraksi dengan bakat-bakat baru, pemilik perniagaan dan usahawan tempatan. Menurutnya, bidang tumpuan keempat (FA4) M3 telah bekerjasama dengan rakan-rakan industri seperti DPPMS untuk menawarkan program dan inisiatif bagi membantu pekerja Melayu/Islam meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka agar lebih bersedia untuk masa hadapan.


“Saya gembira DPPMS giat menganjurkan inisiatif-inisiatif seperti ini untuk membantu para usahawan kita membina keupayaan perniagaan mereka. Ia juga boleh memupuk semangat keusahawanan dengan memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan kita untuk maju ke depan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan kita,” jelasnya.

Naib Presiden DPPMS dan Pengerusi Akademi DPPMS, Dr Malik Hassan teruja untuk memperkenalkan Selokal sebagai sebuah pasaran tempatan yang menarik untuk dipamerkan dan menyokong perniagaan tempatan.

Salah seorang pengasas Biji, Cik Danya Astria, 21 tahun, berkata:

“Inisiatif ini bukan sahaja memupuk semangat keusahawanan dalam masyarakat kita tetapi juga memperkasakan usaha program Protégé Kita. Saya percaya bahawa kemampanan harus lebih dibincangkan dalam masyarakat kami, dan Biji akan membantu mengatasi jurang, bukan sahaja dalam menangani isu kemampanan, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada perniagaan.

“Justeru, saya berharap agar aplikasi Biji dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama pelabur.”

Jenama tempatan Bonfaya, yang dimulakan oleh Cik Nadia Syaheera Mohd Asad dan Cik Nur Faizah Abdul Jaaffar yang mahir dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan percetakan turut menyertai program keusahawanan itu sejak Jun tahun ini.

“Kami mempunyai set kemahiran teknikal untuk menghasilkan perkhidmatan kami. Namun dengan program ini, kami dapat meraih pandangan daripada mentor yang boleh memberi pandangan tentang ilmu perniagaan yang mungkin kami perlukan lebih banyak bimbingan,” kongsi Cik Faizah.

DPPMS juga telah bekerjasama dengan teknologi e-dagang, Take App, yang akan membantu dalam memperluaskan lagi jangkauan Selokal ke domain digital, menganjurkan pasaran dalam talian yang dinamik untuk vendor yang mengambil bahagian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >