Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Lebih yakin niaga dari rumah lepas hadiri program niaga mikro AMP

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



CIK Junainah Zanil, 45 tahun, memulakan perniagaan di rumah semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 pada April 2020.



Beliau meninggalkan kerjanya sebagai pegawai latihan di sebuah agensi khidmat sosial untuk menjaga sepupunya, yang menghidapi penyakit kronik dan tinggal bersamanya.



Beliau menjalankan perniagaan kecil, Jun Delights yang menyediakan Pulut Kuning dan Nasi Bento. Cik Junainah turut menerima tempahan semasa musim perayaan di kalangan keluarga dan rakannya.



Disebabkan beliau ingin meningkatkan perniagaannya sambil mempunyai fleksibiliti dalam melaksanakan tanggungjawab penjagaannya, beliau mendaftarkan dirinya dalam Program Niaga Mikro AMP pada Ogos tahun lepas.



Ternyata, program itu membawa manfaat kepadanya sehingga ia dapat meningkatkan penjualannya.



Program, yang memasuki tahun ke-18 itu, menyediakan latihan kepada golongan kurang berkemampuan yang bertujuan memberi mereka peluang demi mencari sumber pendapatan alternatif bagi keluarga mereka.



Menurut kenyataan AMP, pendaftaran bagi program ini dibuka bagi warga atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang mempunyai pendapatan rumah tidak lebih dari $4,000 atau pendapatan per kapita kurang dari $1,000.



Menjelaskan manfaat program AMP itu dalam satu temu ramah dengan Berita Harian (BH), Cik Junainah berkata:



"Semasa saya mula menjalankan perniagaan dari rumah, saya tidak tahu tentang banyak perkara sebagai seorang peniaga.



"Sebelum mendaftarkan diri dalam Program Niaga AMP, saya bergantung kepada ibu saya untuk membantu saya di dapur demi memenuhi tempahan pulut kuning.''



Kini, Cik Junainah lebih yakin memasak sendiri dan menawarkan lebih banyak pilihan pembungkusan kepada pelanggannya.



Melalui program AMP itu juga, beliau ditawarkan peluang menyediakan 100 bungkus makanan kepada jemaah solat Jumaat di masjid.



Kerjasama ini memberinya pendapatan bulanan tetap di samping pendapatannya sendiri.



Beliau juga telah menerima Geran Kapital AMP apabila beliau selesai hadiri program itu pada Julai tahun ini.



Para peserta program menjalani latihan kemahiran niaga dalam salah satu daripada bidang tumpuan ini: perkhidmatan berkenaan kecantikan dan kesihatan, perniagaan makanan, jahitan dan aksesori dan kraf perkahwinan.



Peserta juga akan memanfaatkan modul latihan bisnes dan IT seperti teknologi infokom untuk bisnes, pemasaran media sosial, serta bimbingan perniagaan secara berkumpulan.



"Saya mempelajari cara menggunakan Google Sheets yang berkesan untuk perniagaan saya, sesuatu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran saya pada mulanya. Saya juga dapat memanfaatkan cara menggunakan Canva untuk membantu saya menjadi lebih kreatif dalam mempromosikan produk saya dalam talian," tambah Cik Junainah.



Canva ialah platform seni reka yang membantu untuk mencipta grafik di media sosial.



Program Niaga Mikro AMP mengambil masa enam bulan dan bernilai antara $1,000 hingga $2,000 bagi setiap peserta. Namun, para peserta hanya perlu membayar yuran $200 atau $300 sahaja, bergantung kepada pendapatan keluarga.



Setakat ini, lebih daripada 650 pemilik perniagaan dari rumah telah melalui latihan intensif dari segi kemahiran bisnes dan perdagangan yang disediakan program tersebut sejak penubuhannya.



Sepanjang tahun, AMP sudah menyaksikan para peserta program ini mengembangkan perniagaan mereka dari rumah ke kedai fizikal seperti gerai di kantin sekolah, gerai penjaja, dapur pusat, gerai makanan dan studio untuk mengajar dan membuat kek dan biskut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >