Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'PURA LONGGAR SEKATAN

Lega! Dapat hirup udara segar tanpa pelitup muka

Namun, ramai yang terus gunakan pelitup walau di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga
Mar 30, 2022 | 05:30 AM



MAHASISWA universiti, Cik 'Ainul Mariyyah Zil Husham, 24 tahun, sedang berjalan-jalan di kawasan Kampong Gelam bersama rakannya dan walaupun sekatan sudah dilonggarkan, masih mengenakan pelitup di luar.



Baginya, beliau akan terus menggunakan pelitup biarpun berada di luar.



"Saya masih belum dijangkiti Covid-19, jadi tentunya saya mahu mengambil langkah berjaga-jaga," ujar mahasiswa Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu.



Beliau menambah bahawa memandangkan Singapura merupakan negara yang kecil, ia membuatkan koronavirus ini sukar dikawal sekiranya berlaku gelombang lagi seperti sebelum ini yang menjejas kakitangan penjagaan kesihatan.



Semalam merupakan hari pertama di mana pemakaian pelitup tidak lagi diwajibkan, namun tinjauan Berita Harian (BH) mendapati bahawa masih ramai yang mengenakan pelitup di kawasan Kampong Glam.



Mereka yang memakai pelitup antaranya mahu terus mengamalkan langkah berjaga-jaga kerana khuatir sekiranya dijangkiti.



Cik Julieanna Md Noor, 44 tahun, yang ditemui di Kampong Glam bersama suaminya turut berkata beliau suami isteri "belum bersedia" membuka pelitup dan rasa "lebih selamat" menggunakannya.



Lagipun, beliau mendapati ia agak "leceh untuk buka tutup" pelitup memandangkan ia masih perlu dipakai di dalam bangunan.



"Kami sudah biasa memakai pelitup, jadi rasa macam janggal sekiranya tak mengenakannya," ujar kakitangan penjagaan kesihatan itu.



Bagaimanapun, ada juga yang mengalu-alu langkah pemerintah untuk membenarkan pelitup tidak dipakai di luar.



Pengurus kedai makan di Kampong Glam, Encik Muhammad Danish Shahrudin, berkata beliau lega dapat "menghirup udara segar" kembali dan rasa seolah-olah "bebas".



Ini lebih-lebih lagi memandangkan pekerjaannya memerlukan tenaga fizikal.



"Sebagai pekerja, kalau perlu bergerak pantas, dan kita bernafas laju, udara yang kita nak keluarkan itu termasuk balik, membuatkan ia agak sukar untuk bernafas. Ini langkah yang patut dilakukan dan diharapkan dapat kekal macam gini," ujar warga Malaysia berusia 25 tahun itu.



Bagi Encik Muhammad Aris Bachek, 59 tahun, yang berkhidmat dalam industri penapisan minyak, langkah itu tepat pada masanya selepas sekitar dua tahun penduduk negara ini harus memakai pelitup ke mana-mana mereka pergi apabila mereka keluar rumah.



"Sudah tiba masanya kita kembali menghirup udara segar dan rasanya baik kita dapat berjalan-jalan di luar tanpa perlu memakai pelitup.



"Tapi rasanya keadaan belum kembali normal kerana ramai yang masih pakai pelitup di luar, mungkin kerana mereka pun sudah terbiasa dalam dua tahun ini," ujarnya.



Tambahnya, beliau juga tidak khuatir kerana beliau pernah dijangkiti dan sudah pulih dari Covid-19.



Malah, rakan-rakannya yang dijangkiti Covid-19 sejauh ini juga tidak mengalami kesesakan nafas sehingga perlu dimasukkan ke hospital.



"Jadi kita anggap (Covid-19) seperti selesema biasa," ujarnya.



Bagi Cik Azzahra Sabari, 28 tahun, yang berada di daerah Kampong Glam untuk makan tengah hari bersama dua lagi rakan kerja berkata langkah untuk melonggarkan sekatan datang tepat pada waktu.



Meskipun mendapati ramai di sekeliling mereka masih menggunakan pelitup di luar, beliau dan rakan-rakannya tidak mengenakan pelitup kerana sudah lama menanti-nantikan saat ini.



"Saya rasa langkah pemerintah untuk longgarkan sekatan secara bertahap-tahap berbanding dengan membuka (ekonomi) sepenuhnya adalah langkah yang betul. Kita mempunyai orang tua, kanak-kanak kecil yang masih belum divaksin, jadi melonggarkan secara perlahan adalah cara yang terbaik buat masa ini," ujarnya yang bekerja dalam industri kewangan.




"Saya rasa langkah pemerintah untuk longgarkan sekatan secara bertahap-tahap berbanding dengan membuka (ekonomi) sepenuhnya adalah langkah yang betul. Kita mempunyai orang tua, kanak-kanak kecil yang masih belum divaksin, jadi melonggarkan secara perlahan adalah cara yang terbaik buat masa ini.''
- Cik Azzahra Sabari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >