Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lega... rancang awal soal penjagaan anak keperluan khas

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



SOAL penjagaan anak bongsunya yang menghidap autisme selepas ketiadaan beliau sering bermain di fikiran Cik Siti Aminah Mansoor.



Beliau tidak mahu membebankan adik-beradiknya yang masing-masing sedang meningkat tua atau anak-anak saudaranya yang akan menghadapi pelbagai cabaran sendiri di masa akan datang.



Ibu dua anak itu juga tidak mahu menyusahkan anak sulungnya - anak perempuan yang kini berusia 21 tahun.



Justeru tahun lalu beliau membuka akaun dana amanah yang diuruskan oleh Syarikat Amanah Keperluan Khas (SNTC) untuk anak lelaki bongsunya itu.



SNTC ialah satu-satunya syarikat amanah bukan mencari untung di Singapura yang dibentuk untuk meningkatkan keselamatan kewangan dan kesejahteraan golongan berkeperluan khas melalui penyediaan perkhidmatan amanah. Ia kini memberi perkhidmatan kepada lebih 900 penerima.



Dana amanah tersebut memastikan keselamatan kewangan individu berkeperluan khas apabila ibu bapa atau penjaga mereka meninggal dunia.



SNTC mempunyai pekerja sosial terlatih yang akan bekerjasama dengan penjaga untuk membangunkan pelan penjagaan bagi setiap benefisiari untuk memenuhi keperluan penjagaan jangka panjang mereka.



"Anak lelaki saya memerlukan penjagaan rapi kerana beliau tidak berupaya menjaga dirinya. Sebagai contoh, dia memerlukan bantuan untuk mandi dan menggosok gigi. Dia juga perlu dipantau apabila makan dan minum. Dia tidak boleh berbual dan tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain walaupun dia faham apa yang dikatakan kepadanya," kata Cik Siti Aminah, 50 tahun.



Anaknya itu, yang kini berusia 14 tahun, menuntut di sekolah Rainbow Center Margaret Drive di Queenstown.



"Saya selalu memikirkan tentang rancangan penjagaan untuk anak saya itu. Apa yang akan terjadi kepadanya setelah saya tidak ada lagi. Saya tidak mahu menyusahkan anggota keluarga saya," kata pegawai mutu makmal itu.



"Akhirnya tahun lalu saya membuka dana amanah ini. Saya telah lama memikirkan mengenainya, cuma saya belum pasti sama ada saya lakukan perkara yang betul dan sama ada saya akan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk akaun ini," katanya.



"Tetapi sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana pegawai SNTC banyak membantu. Mereka beritahu saya agar tidak melepaskan peluang untuk mendaftar di bawah skim tajaan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)," tambahnya.



Muis telah bekerjasama dengan SNTC untuk memperkenalkan skim tajaan Muis yang dilanjutkan hingga hujung tahun depan (2023). Muis telah memperuntukkan $1 juta untuk menyokong usaha itu.



"Saya cuma perlu mengeluarkan sekitar $50 untuk mendapatkan peguam bagi membantu dalam proses ini. Selain daripada itu, buat masa ini saya belum lagi memasukkan wang ke dalam akaun itu," kata Cik Siti Aminah.



Beliau telah menemui pegawai SNTC beberapa kali dalam tempoh dua hingga tiga tahun lalu dan telah membuat kira-kira tentang jumlah yang perlu disediakan dalam akaun itu untuk anaknya.



"Sekiranya anak saya berumur 40 tahun apabila saya meninggal dunia, kami menganggarkan yang jumlah yang diperlukan untuk menyokong kehidupannya ialah sekitar $1 juta.



"Ini kerana saya merancang untuk dia dijaga di sebuah rumah penjagaan. Saya sudah mengongsi rancangan ini dengan anak sulung saya dan memberitahunya yang saya tidak mahu menyusahkannya, tetapi sekiranya beliau mahu menjaga adiknya, itu memang yang terbaik," kata Cik Siti Aminah sambil menambah insurans dan nominasi CPF telah dimasukkan ke dalam dana amanah itu.



Pengurus besar SNTC, Cik Esther Tan, memberitahu Berita Harian bahawa pihaknya memahami cabaran kewangan yang dihadapi oleh banyak keluarga Islam yang menjaga anak-anak berkeperluan khas mereka.



"Kerjasama kami dengan Muis memberi pengasuh modal permulaan untuk menubuhkan akaun SNTC bagi melindungi wang yang mereka ingin tinggalkan untuk tanggungan berkeperluan khas mereka.



"Bagi membantu ibu bapa ini membangunkan dana amanah mereka untuk memenuhi keperluan penjagaan anak-anak mereka yang berkeperluan khas, kami bekerjasama dengan Great Eastern untuk menawarkan pelan penggal Great Eastern Cares yang sangat berpatutan... supaya akaun itu boleh menerima sekurang-kurangnya $100,000 selepas kematian ibu bapa yang membeli pelan itu.



"Kami berharap ibu bapa Islam kami akan menghubungi SNTC untuk membangunkan pelan penjagaan untuk orang tersayang anda yang berkeperluan khas dan memanfaatkan tajaan Muis serta pelan penggal Great Eastern Cares," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >