Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 65 tahun didakwa cuba bunuh di Marsiling

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 65 tahun didakwa di mahkamah semalam atas percubaan membunuh seorang lelaki berusia 37 tahun di Blok 210 Marsiling Crescent Rabu lalu.



Tay Kheng Hock dituduh menuang bahan yang boleh mencetus api ke atas Encik Tan Khim Hee dan menggunakan pemetik api sehinga menyebabkan Encik Tan terbakar di depan Heng Hock Minimart.



Encik Tan didaftar sebagai pemilik pasar raya kecil itu dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).



Tay merupakan pemilik kedai kecantikan Wishing Well Beauty Centre. Dia juga merupakan pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat bernama Sun Beauty.



Membuat kemunculan di mahkamah menerusi pautan video, Tay dilihat memakai baju merah dan mengenakan pelitup berwarna biru, lapor akhbar The Straits Times.



Dalam satu kenyataan malam kelmarin, polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di Marsiling Crescent sekitar 10.10 malam pada hari Rabu yang lalu.



Apabila pegawai tiba di tempat kejadian, mereka menemui Encik Tan dengan luka akibat melecur, dan beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.



Polis berkata beliau berada dalam keadaan sedar, dan Tay diberkas di tempat kejadian.



Semalam, Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun meluluskan permintaan pihak pendakwa untuk meletakkan Tay di bawah reman selama seminggu supaya dia dapat dibawa ke tempat kejadian bagi siasatan.



Tay diwakili Encik John Koh dari Populus Law.



Jika disabit kesalahan atas percubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan, pesalah sama ada boleh dipenjara seumur hidup dan disebat, atau dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat, atau kedua-duanya.



Memandangkan Tay berusia lebih 50 tahun, dia tidak boleh disebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >