Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki acu pisau ditangkap di Woodlands Rise

Jul 31, 2019 | 10:52 AM



Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes mencuri mengacu pisau dan menganggu sekumpulan kanak-kanak tadika yang sedang berlatih bagi perayaan Hari Kebangsaan, pada Isnin (29 Julai).





Lelaki itu ditangkap polis di 785E Woodlands Rise.



Akhbar bahasa Mandarin Shin Min Daily News melaporkan bahawa sekitar 30 murid tadika sedang berada di kawasan lapang berteduh itu apabila lelaki itu muncul.



Pisau yang dibawanya sepanjang sekitar 20 sentimeter dan keadaan adalah tegang, kata seorang saksi.



Seorang lagi saksi berkata enam guru berada bersama kanak-kanak itu, dan sebahagian daripada mereka mengalami kecederaan ringan semasa cuba melarikan diri. Saksi juga berkata lelaki itu tidak mengapa-apakan kanak-kanak itu.



 Pengguna Facebook Muhammad Raihan menerbitkan video sekitar tiga minit yang merakamkan adegan lelaki itu dicabar lapan pegawai polis - yang tidak berpakaian seragam - yang memegang baton.





Lelaki itu, pada mulanya, enggan mematuhi arahan polis, tetapi beliau akhinya mengalah dan meniarap di lantai, sebelum ditangkap.



Polis mengesahkan pada Selasa bahawa mereka telah menangkap seorang lelaki berusia 55 tahun yang disyaki terlibat dalam satu kes mencuri. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >