Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki bogel yang dirakam naik motosikal didakwa, reman di IMH

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



LELAKI yang dirakam video dalam keadaan bogel, termasuk ketika menunggang motosikal, didakwa di mahkamah semalam.



Yeo Qi Wei, 24 tahun, menghadapi satu tuduhan berada di tempat awam dalam keadaan bogel.



Dia dikatakan tidak memakai sebarang pakaian di tempat letak kereta Blok 212 Lorong 8 Toa Payoh pada 10 Jun sekitar 5.45 pagi.



Hakim Daerah Ronald Gwee mengarahkan agar Yeo ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) selama dua minggu untuk pemantauan psikiatri.



Dalam laporan sebelum ini, polis memberitahu bahawa seorang lelaki telah diberkas dan sedang disiasat atas kesalahan lain, termasuk gangguan awam, melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, pencerobohan dan melanggar peraturan lalu lintas, dalam insiden berasingan yang dilaporkan.



Kejadian itu mendapat perhatian setelah satu gambar diedarkan Khamis lalu.



Ia menunjukkan seorang lelaki telanjang menaiki motosikal di simpang empat di Eunos.



Satu klip video tentang lelaki itu juga mula diedarkan pada hari sama, menunjukkan dia menunggang motosikal di sepanjang Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada kelajuan sekitar 100 kilometer sejam.



Klip kedua kemudian muncul, menunjukkan dia memanjat ke atas sebuah kereta dalam keadaan telanjang.



Pemandu kereta itu dilihat keluar dari kenderaannya dan membuat panggilan sambil melihat lelaki itu, yang kemudian berjalan pergi.



Kes Yeo dijangka disebut semula pada 25 Jun.



Jika didapati bersalah berada di tempat awam dalam keadaan bogel, dia boleh dipenjara hingga tiga bulan, atau denda hingga $2,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >