Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki cabul anak empat kali

Sep 19, 2019 | 06:22 PM



 



 



SEORANG lelaki didapati bersalah mencabul kehormatan anak perempuannya berumur 12 tahun pada 2015, kemudian menangis dan merayu meminta maaf setelah gadis itu memberitahu ibunya, tapi kejadian berlaku lagi tahun berikutnya.



Lelaki tersebut mencabul kehormatan anaknya sebanyak tiga kali lagi, pada September dan Oktober 2016,  ketika gadis berusia 13 tahun - setelah serangan pertama berlaku, mahkamah dimaklumkan.



Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati lelaki 40 tahun itu bersalah atas empat tuduhan mencabul pada hari Khamis (19 September) setelah perbicaraan. Dia tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti gadis itu.



Lelaki itu kali pertama mencabul gadis itu dalam flat mereka di daerah timur Singapura pada 13 September 2015.



Setelah pulang dari kerja, ibu gadis itu memberitahu polis bahawa nenek gadis itu memberitahunya bahawa lelaki itu dan mangsa telah meluangkan ‘masa yang agak lama’ dalam bilik tidur utama.



Ibunya diberitahu bahawa setelah lelaki itu ke kerja, gadis itu mengadu kepada neneknya bahawa punggungnya sakit.



Ibunya kemudian memberitahu anaknya bahawa beliau “amat menyayanginya” dan memberitahu anaknya supaya memberitahu perkara sebenar.



Gadis tersebut berkata bahawa bapanya menggosok alat kelaminnya ke atas gadis itu dan kemudian  membersihkannya dengan tisu yang diletakkan dalam beg plastik.



Ibunya mengambil beg plastik itu dan bersemuka dengan suaminya keesokan harinya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon dan Tan Zhongshan dalam hujah mereka berkata: “Ibunya berkata beliau tahu apa yang terjadi antara tertuduh dan anak perempuan mereka. Tertuduh menangis dan merayu meminta maaf.”



Namun, dia mencabul anaknya lagi pada September 2016, dan juga pada 10 dan 12 Oktober.



Gadis tersebut berkata beliau berada di bilik tidur utama pagi itu bersama saudara lelakinya apabila bapanya menyuruh lelaki itu untuk tinggalkan bilik itu.



Bapanya mencabul gadis itu sehinggakan gadis itu terasa “cecair” di bawah belakangnya.



Nenek gadis itu dapat tahu tentang kejadian itu dan melaporkan kepada polis pada sekitar 12.30 tengahari hari itu. Pegawai polis menangkap lelaki itu di flat dan membawanya ke Divisyen Polis Bedok.



Swab diambil dari gadis itu pada hari yang sama dan profil DNA bapanya ditemui di bahagian bawah belakangnya.



Pihak pendakwa berkata bahawa gadis itu, saudara lelakinya dan ibunya telah memberi kenyataan polis yang menuduh lelaki itu tetapi semasa perbicaraan, mereka “menjauhkan diri” dari keterangan yang menuduh lelaki itu.



Pendakwa berkata: “(gadis itu) mempunyai motif yang kuat untuk berbohong demi melindungi tertuduh ketika memberi keterangan di mahkamah. Beliau memberi keterangan bahawa beliau sayangi tertuduh dan tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada tertuduh.”



Pendakwa raya menambah bahawa isteri lelaki itu juga mempunyai motif kukuh untuk berbohong demi melindunginya, dengan menyatakan bahawa beliau telah memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau mencintai lelaki itu dan akan “selalu memaafkan semua orang”.



Hakim berkata pada Khamis bahawa beliau percaya kenyataan polis yang diberi tiga beranak itu dan mendapati lelaki itu bersalah.



Lelaki itu, yang tidak diwakili, telah menyatakan bahawa dia menunjukkan alat kelamin pada anak perempuannya sebagai “pendidikan dan mewujudkan kesedaran tentang batasan yang harus wujud dalam persahabatan”.



DPP Tan menggesa Hakim Kaur menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya lima tahun penjara dan sembilan kali sebatan kerana kes itu  melibatkan “pengkhianatan kepercayaan yang sangat berat”.



Lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin $15,000 dan dijangka dihukum pada 25 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >