Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dibawa ke hospital selepas kebakaran dek e-basikal di Punggol

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



SEORANG individu dibawa ke hospital selepas kebakaran yang disebabkan oleh e-basikal berlaku di kaki lima sekitar Punggol Place pada Sabtu malam.



Berita Harian (BH) difahamkan individu itu merupakan seorang lelaki.



Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), mereka telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 9.35 malam.



Kebakaran melibatkan sebuah basikal menggunakan kuasa (PAB) di atas turapan dan dipadamkan menggunakan alat pemadam api.



Sebuah ambulans dan kenderaan Red Rhino berada di tempat kejadian. Sebuah e-basikal hangus juga kelihatan di kaki lima.



Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada PAB, kata SCDF, sambil menambah seorang individu dibawa ke Hospital Besar Sengkang.



SCDF mengingatkan pengguna PAB dan alat mobiliti peribadi (PMD) supaya tidak mengecas bateri peranti untuk tempoh yang lama. Ia juga mengingatkan pengguna untuk tidak membeli atau menggunakan bateri tiruan.



Kebakaran yang melibatkan alat mobiliti aktif, termasuk PMD dan e-basikal, merosot 33.3 peratus daripada 63 kes pada 2021 kepada 42 kes pada 2022.



Perangkaan itu dikeluarkan pada Februari sebagai sebahagian daripada laporan statistik tahunan SCDF untuk 2022.



Pada masa itu, SCDF mengaitkan kemerosotan itu dengan pelaksanaan langkah pengawalseliaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >