Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Lelaki diberkas, heroin 1.9kg dirampas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Lelaki diberkas, heroin 1.9kg dirampas

Sep 04, 2014 | 05:16 PM

SEORANG lelaki warga Malaysia telah diberkas dan sejumlah 1.9kilogram (kg) dadah jenis heroin telah dirampas polis di Pusat Pemeriksaan Woodlands, semalam.

Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya berkata, seorang anggota polis bersama-sama anjing dari Unit K-9 telah melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang berada di laluan motosikal di tempat imigresen itu.

Satu pemeriksaan rapi dilakukan dan hasilnya, satu bungkusan dadah didapati tersembunyi di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu telah ditemui.

Anggota polis itu juga mengesyaki lebih banyak dadah tersembunyi di bahagian peha lelaki berkenaan.

Hal ini kemudian disahkan hasil pemeriksaan yang dilakukan.

Kes tersebut kemudian dirujukkan kepada CNB.

Para pegawai CNB di pusat pemeriksaan itu kemudian menjalankan siasatan lanjut dan menemui lebih banyak dadah yang tersembunyi.

Kesemuanya, sejumlah empat bungkus heroin seberat 1.93kg ditemui.

Ia dianggarkan bernilai lebih $135,000 di pasaran.

Menurut CNB, bagi 15 gram diamorfin ia bersamaan 1,250 straw - cukup untuk 'memenuhi' keperluan kira-kira 180 penagih selama seminggu.

Bagi kes ini, ia berpotensi memenuhi keperluan 920 penagih dadah untuk selama seminggi.

Ia merupakan satu anggaran berdasarkan mutu ketulenan 4 peratus dadah tersebut, berdasarkan rampasan yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu diberkas serta-merta.

Siasatan sedang dijalankan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh menghadapi hukuman mati.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3