Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki diberkas libat dalam pengubahan wang haram melalui penipuan cinta

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 23 tahun ditangkap pada Isnin lalu kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram melalui penipuan cinta, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Pada Januari tahun lalu, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan cinta.



Wanita itu berkata beliau telah berteman dengan seorang lelaki dalam talian, yang mengaku seorang doktor dari Amerika Syarikat yang merancang untuk pindah ke Singapura.



Sebahagian daripada rancangannya itu, lelaki itu memberitahunya bahawa dia akan menghantar bungkusan dengan barang-barangnya.



Sementara menunggu bungkusan itu, wanita itu mula menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali.



Mereka memberitahunya bahawa bungkusan itu ditahan di Malaysia dan wang diperlukan untuk bungkusan itu dibebaskan.



Wanita itu kemudian memindahkan $15,000 ke akaun bank lelaki itu.



Lelaki berusia 23 tahun itu akan didakwa di mahkamah hari ini dengan dua tuduhan meraih manfaat daripada tingkah laku jenayah - dalam kes ini, menggunakan wang daripada penipuan.



Sekiranya disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda hingga setengah juta dolar, atau kedua-duanya.



Laporan penipuan ini muncul tiga minggu setelah sindiket penipuan cinta utama ditangkap dalam satu kerjasama polis merentas negara.



Sindiket itu berpusat di Selangor dan menipu tujuh orang di Singapura, dengan $37,000 kehilangan dalam kes penipuan yang paling besar.



Polis berkata ia akan memandang serius terhadap kes penipuan dan bahawa semua pelaku akan ditangani di bawah undang-undang.



Untuk melindungi diri daripada penipuan, orang ramai boleh melayari laman scamalert.sg atau menghubungi hotline anti-penipuan di 1800-722-6688.



Maklumat mengenai penipuan juga boleh dilaporkan melalui hotline polis di 1800-255-0000 atau di laman web.



Semua maklumat akan dirahsiakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >