Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didenda $8,000, dilarang memandu 5 tahun sebabkan kematian nenek

Jan 20, 2017 | 03:47 PM



SEORANG lelaki memandu melintasi lampu di simpang-T sebuah ekspreswe, merempuh teksi yang ada hak jalan dan menyebabkan neneknya sendiri yang duduk di bahagian belakang keretanya terbunuh.

Oh Jia Hao, 23 tahun, seorang pelayan di restoran milik bapanya, didenda $8,000 pada Jumaat (20 Jan) dan dilarang memandu selama lima tahun kerana menyebabkan kematian Cik Lim Ah Moi, 76 tahun, pada 31 Disember 2015 .

Dia memandu di Lentor Avenue petang itu dan melintasi lampu merah simpang-T di Ekspreswe Seletar. Dia merempuh teksi yang membelok ke kanan ke Lentor Avenue.

Mahkamah diberitahu bahawa pemandu teksi itu sedang menghantar sebuah keluarga empat orang warga Finland ketika itu.

Pemandu itu, Encik Ang Keng Seng, 49 tahun, dan empat penumpang berkenaan diberi rawatan pesakit luar kerana lebam atau sakit leher.

Kamera dalam teksi menunjukkan lampu isyarat telah bertukar hijau memihak Encik Ang apabila beliau membelok ke kanan.

Dalam kemalangan itu, Cik Lim telah terperangkap antara tempat duduk depan dan belakang. Pembantu rumah beliau juga cedera ringan.

Cik Lim, yang mengalami patah tulang, meninggal dunia kira-kira sejam kemudian di hospital.

Peguam Oh berkata anak guamnya mengalami gangguan selepas trauma selepas kemalangan. Bapanya menulis surat meminta hukuman ringan dan mengatakan bahawa keluarga beliau telah memaafkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Dwayne Lum berkata Oh salah dan cuai. Katanya, Oh tahu dan sepatutnya memperlahankan kereta semasa menghampiri simpang lampu isyarat, tetapi tidak berbuat demikian.

Oh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan/atau denda kerana menyebabkan kematian secara cuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >