Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dijel kerana ugut guna ilmu hitam, sebar gambar bogel temanita

Oct 31, 2023 | 06:28 PM



Gara-gara marah kerana hubungan yang terputus dengan teman wanitanya, seorang lelaki mengugut menggunakan ilmu hitam ke atas wanita itu dan keluarganya.

Lelaki berusia 25 tahun itu juga mengugut untuk menyebarkan gambar bogel mangsa selepas wanita itu berpisah dengannya dan mempunyai pasangan baru.

Pada Selasa, lelaki itu dipenjara lima bulan dan didenda $2,000, lapor The Straits Times.


Lelaki itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut untuk menyebarkan gambar intim mangsa dan satu pertuduhan gangguan.

Enam lagi pertuduhan gangguan, dan mengancam untuk menyebarkan gambar intim serta gambar lucah mangsa diambil dalam pertimbangan ketika hukuman dijatuhkan.

Mahkamah didedahkan bahawa si pesalah dan mangsa berusia 35 tahun itu telah menjalin hubungan romantik sejak 2018 dan pernah bertukar-tukar gambar dan video intim mereka.

Pada 27 Februari 2022, mereka sedang berbual di WhatsApp apabila lelaki itu menjadi marah kerana beranggapan mangsa ingin membawa lelaki lain ke rumahnya.

Lelaki itu kemudian mengancam menggunakan ilmu hitam dan turut mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap mangsa.

Dalam laporan polisnya, mangsa berkata lelaki itu telah mengganggunya di WhatsApp.

Pada hujung April lalu, sekitar dua bulan selepas membuat laporan itu, lelaki itu mengirim gambar kepada mangsa yang menunjukkan mangsa dalam keadaan berbogel, dan mengancam untuk menyebarkan gambar berkenaan di Facebook.

Dia menyalahkan mangsa kerana mencari pasangan baru.

Wanita itu kemudian membuat satu lagi laporan polis.

Pada 19 Julai lalu, mangsa menerima beberapa gambar intimnya yang dikirimkan oleh lelaki itu. Dua daripadanya gambar bogel, dan dua lagi menunjukkan mangsa hanya berseluar dalam.

Dia mengancam menjadikan gambar-gambar itu sebagai gambar profilnya di WhatsApp jika mangsa terus mengabaikannya.

Wanita itu kemudian membuat satu lagi laporan polis.

Pada Selasa, lelaki itu yang tidak diwakili peguam, hadir lewat untuk sesi mahkamah di hadapan Hakim Daerah Ow Yong Tuck Leong.

Isterinya, yang turut hadir, menangis semasa prosiding mahkamah.

Dalam rayuannya, lelaki itu berkata dia membuat ugutan itu dalam keadaan marah dan tertekan kerana ibunya baru sahaja meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Yong berkata lelaki itu pernah dipenjarakan pada 2021 selepas didakwa atas kesalahan serupa berkaitan mangsa yang sama.

Pendakwa raya berkata, si pesalah pernah dipenjara selama 10 bulan dan bagi kes terbarunya, dia pada mulanya ingin dibicarakan.

Jika lelaki itu tidak mampu membayar denda $2,000, dia perlu menjalani hukuman penjara 10 hari lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >