Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah tolak rayuan lelaki bunuh bayi temanita

Sep 11, 2023 | 08:50 PM



Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan pada 2022 kerana membunuh anak lelaki temanitanya menyatakan pada Isnin bahawa kepala bayi berusia sembilan bulan itu terhantuk selepas terjatuh daripada dakapannya secara tidak sengaja.

Mohamed Aliff Mohamed Yusoff, 30 tahun, berkata demikian ketika membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan membunuh di Mahkamah Rayuan.

Dalam kenyataannya kepada polis, Mohamed Aliff menegaskan bahawa dia telah mengaku menolak kepala bayi itu ke lantai kayu vannya kerana diugut dua pegawai polis.

Mahkamah tertinggi terdiri daripada tiga hakim itu menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan kesalahan tersebut. Ia juga bersetuju dengan keputusan hakim perbicaraan bahawa ugutan yang didakwa Mohamed Aliff tidak pernah berlaku.

Mahkamah menerima bahawa kenyataan Mohamed Aliff dibuat secara sukarela dan diakui betul sebagai bukti dalam perbicaraannya. Oleh itu, dakwaannya mengenai insiden jatuh secara tidak sengaja adalah tidak benar.

Mahkamah juga mengesahkan hukuman ke atas Mohamed Aliff memandangkan dia tidak membuat rayuan agar ia diringankan.

Dia didakwa membunuh Izz Fayyaz Zayani Ahmad, antara 10 malam pada 7 November dengan 12.15 pagi pada 8 November 2019 di tempat letak kereta bertingkat di Yishun Street 81.

Izz ialah anak temanita Mohamed Aliff ketika itu, Cik Nadiah Abdul Jalil, hasil perkahwinan wanita itu sebelum ini.

Pada malam 7 November 2019, Mohamed Aliff, yang tinggal di Yishun, menawarkan diri untuk menjaga Izz. Sekitar 11 malam, dia meninggalkan bayi itu di ruang belakang van tersebut lalu berjalan ke pasar raya berhampiran untuk membeli beberapa barangan sebelum kembali ke van.

Dalam kenyataannya kepada polis, dia memberikan pelbagai versi kejadian berhubung kejadian yang menimpa bayi itu.

Bedah siasat menunjukkan bahawa bayi itu mengalami kecederaan traumatik yang menyebabkan dia meninggal dunia.

Semasa perbicaraan, Mohamed Aliff berkata dia memegang Izz dengan tangan kanannya dan cuba menutup pintu van dengan tangan kirinya apabila bayi itu bergerak-gerak, lalu terjatuh dengan kepalanya terhantuk ke lantai van, sebelum terjatuh ke tanah.

Pada Julai 2022, Mahkamah Tinggi menolak pembelaannya, dan mengatakan bahawa tuntutannya mengenai insiden jatuh secara tidak sengaja itu tidak konsisten dengan penemuan bedah siasat dan pendapat perubatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >