Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara dan disebat kerana mencuri dari pekerja seks

Oct 14, 2019 | 02:01 PM



WARGA  Malaysia, Steeven Raj Bernard Clement, 29 tahun, dipenjara selama tiga tahun dan tiga bulan, dan dikenakan 12 kali sebatan di atas kesalahan mencuri dari seorang pekerja seks pada 9 Jun.



Clement mencuri lebih dari $2,000 dan sebuah iPhone bernilai lebih daripada $1,400.



Clement juga didakwa memiliki senjata dan jenayah ugutan yang tidak berkaitan dengan kes itu, turut dipertimbangkan dalam hukuman itu.



Pada 9 Jun, Clement memberi respons kepada sebuah iklan dan disuruh ke Min Wah Hotel di Geylang. 



Pada 10 malam, dia ke sebuah bilik dan memberi $100 kepada mangsa, seorang warga Cina, dan mengadakan hubungan seks dengannya.



Menurut The New Paper, Clement menyembunyikan pisau sepanjang 17 sentimeter. 



Dia menarik lengan mangsa sebaik saja mangsa meninggalkan bilik air dan menyuruhnya duduk di atas katil.



Clement memotong tali telefon dan berkata “wang, wang” kepadanya, kata Timbalan Pendakwa Raya Sunil Nair kepada Hakim Daerah Teo Guan Kee.



Mangsa mengambil kesemua wangnya di dalam dompetnya dan letakkan di atas katil.



Clement mengambil wang tersebut dan iPhone mangsa.



Sebelum meninggalkan bilik itu pada sekitar 10.45 malam, Clement meletakkan jarinya di bibir sambil mengatakan “shh,shh”. Mangsa memanggil polis menggunakan telefon tambahan setelah Clement tinggalkan bilik itu.



Clement ditangkap di Park Hotel Farrer Park keesokannya pada 5.20 pagi. Polis menjumpai wang yang dicuri, telefon dan pisau.



Hakim Teo memberitahu bahawa pencurian itu dirancang. Mangsa tidak cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >