Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara langgar perintah kuarantin, tipu MOH

Jun 14, 2023 | 05:28 PM



Seorang lelaki yang ditangkap kerana melanggar perintah kuarantin Covid-19 telah menipu Kementerian Kesihatan (MOH) dengan memberi tanggapan bahawa dia telah membayar jumlah denda komposisi $500.

Lowell Calvin Chim Yew Jun, 29 tahun, telah menggunakan gambar tangkap layar yang menunjukkan transaksi pembayaran PayNow berjumlah $500 dan kemudian menyunting foto tersebut dengan menggunakan sebuah aplikasi dalam telefon bimbitnya.

Dia menghantar foto yang telah disunting itu kepada MOH, yang kemudian mendapati bayaran itu tidak diterima daripada akaun bank Chim. Polis kemudian dihubungi mengenai penipuan itu.

Pada Rabu, Chim telah dihukum penjara selama tujuh bulan setelah dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan pemalsuan dan dua pertuduhan berkaitan dadah.

Timbalan Pendakwa Raya, Sheldon Lim, berkata satu perintah kuarantin telah dikenakan ke atas Chim pada 30 Julai 2021. Di bawah perintah itu, dia harus mengasingkan dirinya dalam sebuah bilik di hotel Amara Singapore di Tanjong Pagar sehingga 13 Ogos 2021.

Walaupun dia tidak patut keluar dari bilik itu, dia tetap melakukannya pada 4 petang, 5 Ogos 2021, kerana ingin pinjam pengecas telefon.

Dia memasuki sebuah bilik yang diduduki oleh seorang yang tidak dikenali, yang juga sedang menjalani perintah kuarantin. Individu tersebut membenarkan Chim untuk masuk ke dalam biliknya.

Sekitar 9.40 petang, seorang pengurus kanan perkhidmatan tetamu hotel Amara Singapore menyedari bahawa Chim telah keluar dari biliknya dan kemudian mendapatinya berada dalam bilik orang lain berhampiran biliknya.

Pengurus tersebut lalu mengiringi Chim untuk kembali ke biliknya dan kemudian menghubungi MOH. Pada 11 Oktober 2021, MOH telah mengeluarkan notis komposisi kepada Chim, menyatakan bahawa dia boleh membayar $500 untuk menebus kesalahan itu.

Chim kemudian menghantar tangkap layar yang disunting itu melalui e-mel pada 9 Februari 2022. Seorang pengurus kanan di MOH menghubungi pihak polis untuk melaporkan kesalahan Chim lima bulan kemudian.

Selain penipuan yang dilakukan oleh Chim, dia juga pernah melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah dan diletakkan di bawah pengawasan wajib pada 10 Disember 2021 hingga 9 Disember 2026.

Chim sepatutnya pergi ke Ibu Pejabat Divisyen Polis Ang Mo Kio untuk melakukan ujian air kencing setiap Isnin, kecuali pada cuti umum.

Namun, dia telah beberapa kali gagal melakukannya sebelum polis menangkapnya pada November 2022.

Chim kini diikat jamin $20,000 dan dijangka menyerah diri kepada Mahkamah Negara pada 30 Jun untuk memulakan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >