Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara, sebat kerana cabul kehormatan anak tiri bawah umur

Nov 08, 2021 | 08:25 PM



 



SEPANJANG lima tahun, seorang lelaki akan memasuki bilik tidur anak tirinya ketika budak perempuan itu sedang tidur dan akan mencabul kehormatannya.



Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016 ketika kanak-kanak itu berusia sembilan tahun.



Bahkan, setelah kanak-kanak itu memberitahu ibunya tentang kejadian-kejadian itu dan ibunya berdepan dengan lelaki tersebut yang kini berusia 46 tahun, dia masih mendera mangsanya itu dengan meletakkan alat kelaminnya pada bibir budak perempuan itu.



Hakim Daerah Sharmila Sripathy-Shanaz pada Isnin (8 Nov) menjatuhkan hukuman penjara 37 bulan dan tiga sebatan bagi lelaki itu.



Dua lagi tuduhan serupa diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.



Lelaki dan budak perempuan itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.



Kesalahan itu terbongkar apabila kanak-kanak perempuan itu memberitahu rakan rapatnya di sekolah pada September lalu.



Rakannya kemudian memberitahu kaunselor sekolah dan laporan polis dibuat.



Lelaki itu mengaku bersalah mencabul kehormatan gadis tersebut sekurang-kurangnya empat kali sejak kanak-kanak itu berada di Darjah Tiga dan penderaan itu berterusan sehingga dia di Menengah Satu.



Bagi setiap tuduhan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda atau dirotan, atau mana-mana gabungan hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >