Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dipenjara serang ibunya yang alami demensia

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki telah dijatuhi hukuman penjara empat bulan semalam kerana telah menyerang ibunya.



Ibunya mengalami penyakit demensia dan juga berkerusi roda.



Ling Heng Soon, kini 64 tahun, mengaku bersalah pada Jun kerana mencederakan Cik Ng Gung Huay.



Ini bukan kali pertama Ling melanggar undang-undang.



Warga Singapura itu juga telah dihukum penjara empat bulan November lalu kerana menyerang seorang wanita berusia 60 tahun di Pasar Basah dan Pusat Makanan Mei Ling di Mei Ling Street berhampiran Commonwealth Avenue pada Oktober 2018.



Wanita itu mengalami luka di muka yang akan meninggalkan parut secara kekal.



Dalam kes ini, mahkamah diberitahu bahawa Ling menyerang ibunya yang berusia 84 tahun, setelah ibu serta pembantu rumahnya, Cik Eka Fransiska, mengunjungi flatnya di Chai Chee sekitar 7 malam pada 7 Ogos tahun lalu.



Ibu dan anak mula bertengkar setelah ketibaan ibunya di rumah mengenai isu yang tidak didedahkan di dokumen mahkamah.



Cik Ng kemudian menegaskan bahawa beliau ingin ke tingkat pertama blok itu.



Ling menyuruh Cik Eka membawa Cik Ng turun.



Dia kemudian buka pintu rumah dan menolak ibunya, yang terduduk di kerusi roda, ke luar rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >