Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap kerana disyaki curi bateri dari penggera kebakaran di estet perumahan awam

Oct 07, 2017 | 03:25 PM



POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri pencurian bateri dari panel penggera kebakaran di beberapa estet perumahan awam, kata Pasukan Polis Singapura dalam kenyataannya pada Sabtu (7 Oktober).



Polis berkata ia menerima beberapa laporan tentang pencurian bateri dari panel penggera kebakaran antara Mac dengan Oktober tahun ini. Penggera itu dipasangkan di tempat meletak kereta berbilang tingkat di estet perumahan HDB.



Suspek telah menyahaktifkan alat yang mencetus penggera dengan memasukkan kapasitor ke dalam panel, sebelum mencuri bateri, kata kenyataan itu.



Pegawai polis dari Divisyen Polis Jurong dan Ang Mo Kio melaksanakan siasatan terperinci sebelum berjaya mengenal pasti suspek menggunakan kamera polis.



Suspek itu ditangkap semalam (6 Oktober) di Punggol Way. Beg berisi kapasitor, kunci 'master' untuk membuka panel penggera dan beberapa peralatan dirampas.



Beliau akan dikenakan tuduhan mencuri di bawah Seksyen 379 Kanun Jenayah, yang boleh mengenakan hukuman sehingga tiga tahun penjara, atau denda, atau kededuanya.



Menurut polis, menanggalkan bateri dari panel penggera kebakaran menjejas operasi penggera itu dan membahayakan awam jika berlaku kebakaran.



"Polis tidak akan berlengah untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa yang secara sengaja tidak mempedulikan keselamatan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >