Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap kerana tipu duit orang dengan durian dijadikan umpan

Mar 03, 2022 | 01:04 AM



SEORANG lelaki 32 tahun diberkas polis kerana menipu orang dengan menggunakan durian sebagai umpan.



Sejak bulan lalu, polis telah menerima beberapa laporan daripada mangsa yang menyatakan mereka ditipu seseorang yang mendakwa menjual durian.



Lelaki itu dikatakan gagal mengirim durian selepas mangsa membuat bayaran, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu (2 Mac).



Lelaki itu dikenal pasti dan diberkas pada Rabu.



Polis percaya dia terlibat dalam satu lagi kes penipuan dengan menggunakan kaedah serupa melibatkan  penjualan palsu barangan elektronik. Tidak dinyatakan secara khusus jenis barangan elektronik yang dijual.



Lelaki itu dijangka dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menipu pada Khamis. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.



Polis ingin menasihati orang awam agar berhati-hati apabila membeli barangan dalam talian.



Mereka harus membeli hanya daripada penjual yang sah atau sumber yang dipercayai, khususnya bagi barangan bernilai tinggi serta memilih untuk melindungi diri mereka dengan menggunakan pilihan bayaran yang membolehkan mereka membayar hanya setelah barangan dikirimkan.



Bila-bila mampu, pembeli harus mengelakkan daripada membuat bayaran awal atau memindah wang kepada bank penjual secara langsung, tambah polis.



"Penipu mungkin boleh menarik pembeli menghubungi mereka secara langsung menerusi platform pesanan seperti WhatsApp atau WeChat dengan menawarkan urusan lebih baik atau lebih cepat jika pindahan bayaran menerusi bank dibuat langsung kepada mereka," kata polis.



"Mereka mungkin boleh ginakan akaun bank setempat atau memberi salinan kad penegnalan atau lesen pemandu untuk membuatkan anda percaya mereka adalah penjual yang tulen. Jangan terpedaya pada cara sebegini," tambah poilis.



Bagi keterangan lanjut mengenai penipuan,orang ramai boleh hubungi Talian 'Hotline' Anti-Penipuan di 1800-722-6688 atau lungsuri laman https://scamalert.sg/



Sesiapa yang mempunyai keterangan mengenai penipuan boleh menghubungi talian 'hotine' polis di 1800-255-0000 atau kirimkan laporan dalam talian https://www.police.gov.sg/iwitness



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >