Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditangkap selepas didakwa cederakan 4 pegawai CNB

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditangkap kelmarin selepas dia didakwa mencederakan empat pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) semasa satu operasi.



Pegawai CNB telah menyerbu sebuah unit perumahan di Bukit Panjang selepas menerima maklumat bahawa lelaki warga Singapura itu telah mengambil dadah terkawal, menurut kenyataan bersama polis dan CNB.



Lelaki yang didakwa memiliki pisau sepanjang 15 sentimeter itu cuba melawan semasa ditangkap hingga mencederakan empat pegawai CNB.



Tiga pegawai CNB berada dalam keadaan sedar semasa mereka dibawa ke hospital dan menerima rawatan bagi luka yang dialami mereka.



Seorang lagi pegawai CNB mengalami kecederaan ringan. Polis dan CNB berkata:



"Home Team mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap perbuatan ganas sedemikian terhadap pegawai perkhidmatan awam yang sedang menjalankan tugas mereka, dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mempedulikan undang-undang secara terang-terangan."



Sebilah pisau, peralatan dadah dan bahan yang pihak berkuasa percaya merupakan dadah terkawal telah dirampas dari tempat kejadian.



Lelaki itu didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menghalang pegawai perkhidmatan awam daripada menjalankan tugasnya.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda atau disebat. Lelaki itu juga sedang disiasat bagi kesalahan berkaitan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >