Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki dituduh ubah wang haram lebih $10 juta dalam penipuan Covid-19

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



KES seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikenakan tuduhan atas kesalahan mengubah wang haram berjumlah lebih $10 juta dalam satu penipuan Covid-19 telah ditangguhkan selepas beliau jatuh sakit.



Peguam bela Encik Thong Chee Kum memberitahu semalam bahawa kliennya, Encik Thye Wee Boon, harus menjalani ujian swab.



Kesnya telah ditunda ke 3 Mac.



Encik Thye dikenakan 19 tuduhan atas beberapa kesalahan termasuk berurusan dengan faedah keuntungan berkaitan dengan kegiatan jenayah.



Hingga ke hari ini pihak berkuasa telah berjaya mendapatkan semula wang berjumlah lebih $6.4 juta daripada jumlah keseluruhan yang diambil hasil muslihat itu - jumlah terbesar yang didapatkan semula sejak penubuhan pusat anti-penipuan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jun 2019.



Pihak polis dimaklumkan bahawa sebuah syarikat farmaseutikal Perancis telah ditipu wang berjumlah 6.636 juta euro ($10.64 juta), menurut laporan akhbar The Straits Times.



Menurut agensi penguatkuasaan undang-undang Kesatuan Eropah (EU), Europol, seorang suspek telah mengambil identiti sebuah syarikat yang sah dan mengiklankan penghantaran cepat bagi pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.



"Sejurus selepas syarikat farmaseutikal itu memindahkan dana ke sebuah bank di Singapura, barang-barang itu tidak dihantar dan pembekal tidak dapat dihubungi," kata agensi itu dalam satu kenyataan.



Agensi itu menambah pihak berkuasa EU telah memberitahu rakan sejawat mereka di Singapura dan meminta mereka agar bertindak pantas.



"Oleh kerana pihak kami pernah menerima Laporan Transaksi Mencurigakan daripada bank penerima, pihak berkuasa Singapura telah bertindak cepat dan dapat menyekat sebahagian daripada pembayaran itu dan mengenal pasti lelaki yang telah menerima dana itu, dan kemudian memberkasnya pada 25 Mac 2020," kata Europol lagi.



SPF berkata identiti Encik Thye dapat dikenal pasti oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan diberkas sejurus beliau tiba di Singapura dari luar negara pada 25 Mac tahun lepas.



Siasatan awal menunjukkan beliau telah mendapatkan hasil jenayah itu dan memindahkan sebahagian daripada jumlah wang itu keluar dari Singapura.



Seorang jurucakap polis berkata: "Menerusi campur tangan pantas dan kerjasama erat dengan tujuh buah bank iaitu UOB, OCBC, DBS, SCB, CIMB, Maybank dan HSBC, pusat anti-penipuan pihak polis telah berjaya mendapat semula lebih $6.4 juta daripada jumlah yang ditipu.



"Ini merupakan penemuan semula terbesar sejak pusat ini ditubuhkan. Usaha sedang dilakukan untuk menjejak dan mendapatkan kembali baki wang itu."



Atas kesalahan berurusan dengan faedah keuntungan berkaitan kegiatan jenayah yang tidak sah, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda sehingga $500,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >