Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Lelaki Filipina didakwa ubah wang haram hasil penipuan

Sep 19, 2023 | 05:08 PM



Seorang lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram pada 19 September selepas beliau menerima wang tunai $150,000 yang dipercayai hasil penipuan.

Mortal Virgilio Jr Marcial, 41 tahun, seorang warga Filipina, didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 September.

Menurut dokumen mahkamah, Marcial didakwa menerima wang tunai daripada seorang bernama Choo Swee Lee di sebuah kondominium di Bayshore Road, berhampiran Upper East Coast Road.

Sehubungan itu, lapor The Straits Times, polis, dalam satu kenyataan, berkata pegawainya menerima laporan bahawa seorang mangsa ditipu seorang lelaki yang hanya dikenalinya melalui media sosial.


Mangsa mengeluarkan sejumlah wang tunai yang besar pada hari yang berbeza dan pada satu ketika menyerahkan kira-kira $150,000 kepada seorang lelaki.

Hasil siasatannya, pegawai dari Divisyen Polis Central menahan Marcial pada 7 September, dalam tempoh lima jam selepas laporan dibuat.

Dia dikatakan terlibat dalam satu pakatan dengan seseorang lelaki yang hanya dikenalinya sebagai Lucas. Polis tidak mendedahkan butiran mengenai penipuan itu.

Jurucakap polis, bagaimanapun, berkata beberapa barang yang digunakan Marcial untuk melakukan jenayah itu dirampas sebagai bahan bukti.

“Polis mengambil serius sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengubahan hasil jenayah, dan tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah mengikut undang-undang,” kata beliau.

“Untuk mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, orang ramai harus menolak permintaan daripada orang lain untuk mendaftarkan syarikat, membuka akaun bank atau menerima wang kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika kemudahan tersebut digunakan untuk kegiatan jenayah,” kata jurucakap itu.

Marcial akan direman di Bahagian Pusat Polis.

Kesnya ditangguhkan ke Selasa depan, pada 26 September.

Jika didapati menguruskan faedah kegiatan jenayah, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda $500,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >