Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki Indonesia dipenjara, sebat kerana guna bot masuk S’pura secara haram

Dec 04, 2023 | 05:28 PM



Seorang lelaki warga Indonesia yang memasuki Singapura secara haram dengan menggunakan bot laju pada November telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan disebat lima kali pada 4 Disember.

Ini bukanlah percubaan pertamanya untuk memasuki negara ini secara haram.

Pesalah, Nordin, yang hanya dikenali dengan satu nama, didapati bersalah di bawah Akta Imigresen.

Beliau disabitkan dengan dua tuduhan di bawah akta tersebut pada 4 Disember.

Mahkamah mendapati Encik Nordin, 36 tahun, cuba menyusup masuk ke Singapura dengan harapan untuk mencari pekerjaan di sini.

Dia dikatakan telah memandu sebuah bot laju dari Batam, Indonesia dan mendarat di pinggir laut berhampiran Tanah Merah Coast Road pada awal pagi 20 November.

Dia cuba melarikan diri ke kawasan semak berdekatan.

Seorang anggota pengawal pantai polis mengecam bot itu apabila ia memasuki perairan Singapura sekitar 11.50 malam pada 19 November dan menjalankan usaha mencari sekitar kawasan Tanah Merah Coast Road.

Nordin ditangkap pada 7.30 pagi pada 20 November. Dia didapati tidak memiliki dokumen pengenalan atau pas sah untuk masuk Singapura.

Kerana tertuduh pernah diusir keluar dari Singapura sebelum ini dan tidak dibenarkan masuk ke negara ini tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa imigresen, dia menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun.

Hakim Daerah, Cik Janet Wang, maklum Nordin mengaku bersalah dan ditangkap segera selepas memasuki negara ini secara haram pada 20 November lalu.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atasnya, Cik Wang menyatakan tertuduh adalah penjenayah berulang dan hukumannya harus setimpal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >