Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Ah Long’ larikan diri semasa ikat jamin dijel 2 tahun, 7 bulan

Nov 29, 2023 | 05:44 PM



Seorang lelaki warga Singapura menjalankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen di Thailand yang menyasarkan penghutang di sini, namun ditangkap di Lapangan Terbang Changi pada 13 Februari 2018 dan didakwa dua hari kemudian.

Lua Xiang Long dibebaskan dengan ikat jamin $30,000 dan sepatutnya kembali ke mahkamah pada 20 Mac 2018. Sebaliknya, dia menaiki bot nelayan dan berangkat ke Malaysia tanpa pasport, sebelum kembali ke Thailand.

Tetapi Lua menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Thailand pada 24 April 2023 kerana dia berasa sunyi dan merindui ibunya. Dia dihantar pulang ke Singapura keesokan harinya, lapor The Straits Times.


Pada 28 November, lelaki berusia 34 tahun itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun tujuh bulan selepas dia mengaku bersalah atas kesalahan termasuk pelbagai tuduhan di bawah Akta Pemiutang Wang.

Dia didenda $60,000 dan perlu menghabiskan tambahan 12 minggu di penjara jika dia tidak dapat membayar jumlah itu.

Lua menyertai perniagaan pinjaman wang haram di Thailand selepas dia mengenali seorang lelaki dikenali sebagai Elvis di Bangkok pada Februari 2017.

Elvis menawarkannya pekerjaan sebagai pembantu pemiutang haram atau ‘Ah Long’ dalam perniagaan pinjaman wang tanpa lesennya dan Lua mula bekerja untuk Elvis pada Mac 2017.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Delicia Tan, berkata Lua menerima gaji pokok bulanan sebanyak $1,000, penginapan percuma serta makanan dan minuman percuma.

Sekitar Julai 2017, Lua menjadi ‘Ah Long’. Sindiket itu juga menyerahkan $30,000 sebagai modal untuk perniagaan pemiutang wang tanpa lesen. Dia terus menerima gaji bulanan $1,000.


Pada 13 Februari 2018, Lua kembali ke Singapura dan ditangkap di Lapangan Terbang Changi dan diberkas.

Lua diwakili peguam Encik S.S. Dhillon yang merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara dua tahun empat bulan dan denda $60,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >