Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki kedua ditemui mati di Keppel Bay dalam seminggu

Aug 28, 2023 | 04:33 PM



Mayat seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui di perairan Keppel Bay pada Ahad, kes kedua serupa itu di kawasan tersebut dalam seminggu.

Polis berkata mereka menerima panggilan bagi bantuan di Taman Labrador sekitar 7.30 pagi pada Ahad dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerah memberi bantuan menyelamat pada kira-kira 11.15 pagi.

Selepas gagal menjumpai lelaki itu, SCDF mengerahkan sebuah kapal bomba tindakan pantas, atau RFV, dan sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memantau pinggir perairan.

Mayat itu akhirnya ditemui di perairan berhampiran ‘Marina at Keppel Bay’, kira-kira 3.4 kilometer dari Taman Labrador. Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Berdasarkan siasatan awal, polis berkata mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Selasa lalu, mayat seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui di kawasan itu. Polis juga tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.

Jurucakap Marina at Keppel Bay memberitahu akhbar The Straits Times lelaki itu anak kapal sebuah bot yang berlabuh di marina tersebut tetapi tidak memberikan butiran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >