Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki keenam kes babit bekas pekerja FairPrice didakwa dua tuduhan rasuah

May 11, 2022 | 05:30 AM



LELAKI keenam yang dikaitkan dengan kes rasuah membabitkan bekas pekerja rangkaian pasar raya NTUC FairPrice Co-operative didakwa dengan dua pertuduhan rasuah semalam.



Ngow Chun Siong, 43 tahun, warga Malaysia yang bekerja untuk pembekal ikan Fish Vision Agro-tech pada masa itu, dituduh melakukan kesalahan tersebut bersama ketuanya, Chew Kim Hwee, 47 tahun, pada 2020.



Sekurang-kurangnya lapan kali pada tahun itu pasangan tersebut didakwa bekerjasama dengan memberi rasuah wang tunai berjumlah hampir $25,000 kepada Lim Kian Kok, 46 tahun, yang ketika itu merupakan ketua pasukan kanan NTUC FairPrice.



Sekitar Oktober dua tahun lalu, pasangan itu dan lelaki ketiga, Lim Wei Jian, yang ketika itu bekerja untuk sebuah firma bernama Kiang Huat Sea Products, didakwa memberi Lim Kian Kok rasuah dalam bentuk hiburan bernilai sekurang-kurangnya $2,000.



Akibatnya, Lim Kian Kok dikatakan telah menempah kapal layar pada 18 Oktober tahun itu dan membeli tiga botol wiski.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sama ada Lim Wei Jian telah dihadapkan ke mahkamah ataupun tidak.



Lima individu telah didakwa berkaitan kes rasuah untuk memajukan kepentingan perniagaan pembekal ikan dengan NTUC FairPrice.



Ini termasuk Lim Kian Kok dan Chew yang telah didakwa minggu lalu.



Tiga lagi ialah Ng Keng Meng, 57 tahun; Heah Han Huat, 65 tahun; dan See Hock Lam, 69 tahun.



Lim Kian Kok dikatakan bekerjasama dengan See, yang ketika itu ketua pasukan NTUC FairPrice, untuk memperoleh rasuah sekitar $523,000 antara 2013 dengan 2020.



Heah pula, ketika itu pemilik tunggal Ocean Trust Trading, didakwa memberinya $43,500.



Ng, yang merupakan rakan kongsi pembekal ikan Nam Soon Sin Kee & Co pada masa itu, didakwa memberi Lim Kian Kok $217,500.



Kes melibatkan kesemua enam lelaki itu masih belum selesai.



Dalam kenyataannya sebelum ini, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menasihati syarikat supaya melaksanakan prosedur yang mantap dalam bidang seperti perolehan dan audit dalaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa perbuatan rasuah pekerja mereka.



Biro itu juga menggesa syarikat mendapatkan pensijilan di bawah Piawaian Singapura ISO 37001 - Sistem Pengurusan Antirasuah yang dihasilkan untuk membantu syarikat melaksanakan atau meningkatkan sistem pengurusan antirasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >