Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut dilanggar kereta di Aljunied

Sep 17, 2022 | 03:49 PM



SEORANG lelaki berusia 52 tahun maut pagi tadi apabila dilanggar kereta di simpang Aljunied Road dan Sims Avenue.



Pemandu kereta berkenaan, seorang warga tua berusia 86 tahun, telah diberkas kerana memandu secara cuai hingga mengakibatkan kematian, kata polis dalam kenyataannya yang dilaporkan The Straits Times (ST), hari ini. (17 Sep)



Mangsa, Allahyarham Mohamad Yusman Sahadan, ditemui tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Polis berkata, mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.40 pagi dan siasatan masih dijalankan.



Satu rakaman video Facebook yang dimuatnaikkan hari ini menunjukkan sebuah khemah biru gelap polis diletakkan di jalan Aljunied Road, dengan beberapa orang awam berdiri di pemisah jalan, ditemani beberapa anggota polis. Tidak dapat dipastikan sekiranya mereka adalah ahli keluarga mangsa. 



Semasa dihubungi ST, Cik Nora Chik, 49 tahun, yang merupakan sepupu mangsa, berkata sepupunya itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila nahas berlaku. 



Cik Nora, yang menjalankan perniagaan makanan halal dari rumah di Christchurch, New Zealand, berkata beliau telah menerima berita itu dari ahli keluarga yang lain pagi tadi. 



Beliau berkata: "Kami tidak begitu rapat tetapi teringat yang sepupu saya ini akan menghantar saya ke sekolah dan menjemput saya pulang semasa saya tinggal bersama keluarganya di Singapura."



Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Cik Zulyanna Zainal, isteri mangsa, merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya dan dua anak lelaki mereka. 



Beliau berkata: "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali." 



Mereka yang didapati bersalah memandu secara cuai atau tanpa pertimbangan wajar sehingga mengakibatkan kematian orang lain, boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >