Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki maut disyaki hisap e-rokok kandungi dadah

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



SEORANG penagih dadah yang mati disebabkan keracunan methamphetamine, disyaki telah mengongsi sebatang rokok elektronik berisi dadah itu bersama dengan teman seks lelakinya di flat teman itu.



Dalam satu pertanyaan terhadap kematian Encik Tan Yong Kiat, 28 tahun, pada Khamis, pegawai siasatan, Inspektor Lim Ying Yi, memberitahu mahkamah bahawa pengisi kandungan atau 'pod' vape itu belum lagi ditemui dan tiada dadah ditemui di rumah teman seksnya, Encik Eddy Chua.



Inspektor Lim juga berkata tiada perbuatan khianat disyaki dan ia tidak dapat dipastikan siapa yang telah meletakkan dadah itu di situ.



Encik Chua sejak itu telah dihantar ke sebuah pusat pemulihan dadah. Ia tidak didedahkan di mahkamah sama ada dua lelaki itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.



Menyusuli pertanyaan itu, Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, mendapati kematian Encik Tan sebagai peristiwa malang.



Siasatan mendapati bahawa Encik Tan dan Encik Chua telah bersetuju untuk bertemu pada 5 Julai 2022.



Inspektor Lim berkata tidak mungkin Encik Tan mengambil dadah itu pada hari tersebut dan kedua-dua lelaki itu selepas itu melakukan seks kemudian.



Encik Tan didapati tidak sedarkan diri pada 6 Julai 2022 dan disahkan mati di flat itu.



Beberapa bahan termasuk methaphetamine kemudian didapati dalam sampel kencing dan darahnya.



Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan di laman webnya bahawa dadah itu boleh menyebabkan kerosakan tetap kepada pembuluh darah di jantung dan otak dan tekanan darah tinggi hingga boleh menyebabkan serangan sakit jantung, angin ahmar dan kematian.



Perangkaan daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) juga menunjukkan peningkatan trend menghisap dengan bilangan individu ditangkap kerana mengguna dan memiliki rokok elektronik itu pada 2022 naik empat kali ganda berbanding 2020.



Pada 2022, 4,916 individu telah ditangkap atas kesalahan itu, yang mendatangkan denda sehingga $2,000 berbanding 1,266 individu pada 2020 dan 4,697 pada 2021.



Vaporiser atau rokok elektronik mengandungi sebuah alat penyembur atau atomiser, sumber tenaga elektrik seperti sebuah bateri dan satu kontena kecil berisi bahan cecair atau jus. Cecair itu yang boleh mengandungi nikotin, dihangatkan untuk dijadikan sebuah aerosol yang kemudian dihisap.



Larangan terhadap vaporiser dikuatkuasakan di Singapura pada 1 Februari 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >