Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Lelaki mengaku salah atas 7 tuduhan dera seksual anak gadis keempat

Mar 09, 2022 | 05:30 AM



DALAM tempoh 14 tahun, seorang lelaki berusia 45 tahun yang mempunyai tujuh anak, telah mencabul empat daripada lima anak perempuannya dan merogol tiga daripada mereka.



Selain melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya, lelaki itu juga mengaku mendera isteri dan anak lelakinya secara fizikal.



Dia turut menghalang empat kanak-kanak itu daripada makan selama lima hari dan memutuskan bekalan elektrik kepada lampu, peti sejuk dan penghawa dingin kerana marah terhadap mereka.



Jejak penderaan terbongkar pada November 2018 apabila seorang anak perempuannya akhirnya membuat laporan polis, ditemani oleh seorang kakaknya.



Gadis itu, kini berusia 16 tahun, adalah anak bongsu daripada empat kanak-kanak perempuan yang didera, dan kedua termuda antara lima adik-beradik perempuan itu.



Kelmarin, lelaki itu mengaku bersalah atas tujuh tuduhan yang dilakukan terhadap anak perempuan keempatnya ketika budak itu berusia dari 12 tahun hingga 13 tahun.



Tuduhan itu merangkumi tiga tuduhan merogol, satu tuduhan serangan seksual melalui penetrasi, dua tuduhan bagi pencabulan dan satu lagi tuduhan bagi penderaan terhadap kanak-kanak.



Sebanyak 26 lagi tuduhan akan diambil kira apabila lelaki itu, seorang pengajar bebas untuk kem pengembaraan kanak-kanak, dijatuhkan hukuman minggu hadapan.



Dia tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak-anaknya.



Pendakwa raya meminta dia dipenjarakan selama 32 tahun dan 24 sebatan, manakala pihak peguambela meminta hukuman lebih pendek antara 26 tahun dengan 28 tahun.



Hukuman ditangguhkan ke minggu hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >