Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki M'sia disahkan kes cacar monyet tempatan pertama SG

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengesahkan satu kes jangkitan cacar monyet, atau monkeypox, tempatan.



Pesakit ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang tinggal di Singapura. Beliau diuji positif penyakit cacar monyet kelmarin dan sekarang dirawat di hospital Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) hingga keadaannya stabil.



Menurut MOH, pesakit tidak ada kaitan dengan kes cacar monyet import yang diumumkan kementerian itu pada 21 Jun.



MOH menambah bahawa lelaki itu mula-mula mengalami luka di bahagian perut pada 30 Jun dan kemudian berasa letih dan mengalami bengkak nodus limfa pada 2 Julai.



Beliau kemudian mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Julai dan mendapatkan rawatan serta mengambil ujian untuk menyemak kemungkinan keadaan kesihatannya.



Ujiannya negatif dan beliau ke NCID pada 6 Julai dan diasingkan untuk dinilai selanjutnya.



MOH berkata tiga kenalan rapatnya telah diberitahu kelmarin, iaitu dua rakan serumah dan satu kenalan sosial.



Semua kenalan rapat akan dikuarantin selama 21 hari dari kali terakhir mereka berhubung rapat dengan pesakit.



Pengesanan kontak pesakit itu masih dijalankan.



"Cacar monyet ialah penyakit yang lazimnya memerlukan individu pulih sendiri dalam tempoh dua hingga empat minggu.



"Sebahagian kecil orang yang dijangkiti boleh sakit teruk atau meninggal dunia.



"Ini terutamanya golongan lebih berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil atau individu lemah imun," kata MOH.



Ia menambah bahawa risiko kepada orang awam kekal rendah, memandangkan penularan cacar monyet memerlukan hubungan fizikal rapat atau berpanjangan.



MOH akan terus memantau situasi penyakit ini dengan teliti.



Antara lain, orang ramai digalak melaksana tanggungjawab peribadi dengan memantau kesihatan diri dan menjaga kebersihan, terutama semasa melakukan perjalanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >