Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki tinggalkan tempat kemalangan dekat Istana ditangkap

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 27 tahun, yang meninggalkan keretanya setelah terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Istana Sabtu lalu, telah diberkas atas kesalahan memandu secara cuai.



Polis diberitahu mengenai kemalangan di Cavenagh Road, di luar perkarangan Istana, pada 7.30 pagi pada Sabtu. Tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.



Laporan awal memberi gambaran bahawa kereta itu telah tergelincir semasa sedang membelok di Cavenagh Road.



Dalam satu video yang dimuat naik ke kumpulan Facebook, SG Road Vigilante, sebuah kereta Honda Stream dilihat tersadai di lorong paling kiri di Cavenagh Road, berhampiran Hotel Concorde Singapore.



Roda kiri bahagian depan kereta itu tertanggal dari casisnya, dengan bahagian 'bumper' depan kereta tersebut juga tertanggal dan terjatuh berhampiran ruang berumput di situ.



Sekurang-kurangnya lima kereta, dua motosikal dan sebuah van polis juga berada di tempat kejadian.



Siasatan masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >