Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki warga India akan didakwa kerana beri maklumat palsu di Mahkamah Tinggi

May 12, 2020 | 11:00 AM



SEORANG lelaki warga India berusia 47 tahun akan didakwa di mahkamah esok atas dua tuduhan memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam.



Polis dalam kenyataan bersama dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini menyatakan ia mendapat laporan pada 1 April lalu bahawa seorang lelaki telah membuat pernyataan palsu tentang sejarah perjalanannya di Mahkamah Agung (SC). 



Sebagai sebahagian langkah pencegahan Covid-19, SC menghendaki semua pelawat untuk menyatakan sejarah perjalanan mereka dalam 14 hari terakhir.



Siasatan menunjukkan pada 31 Mac dan 1 April lalu, lelaki itu hadir di SC untuk menghadiri perbicaraan mahkamah. 



Pada setiap kesempatan itu, lelaki itu menyatakan bahawa dia tidak berada di luar negara dalam 14 hari terakhir, dan oleh itu dibenarkan memasuki SC. 



Sebenarnya, dia telah tiba di Singapura dari Amerika Syarikat pada 20 Mac 2020. 



Ini bererti bahwa dia telah secara salah menyatakan sejarah perjalanannya, kerana tarikh dia mengunjungi Mahkamah Tinggi masih berada dalam tempoh 14 hari.



Memberi maklumat yang diketahui seseorang itu sebagai palsu kepada penjawat awam adalah satu kesalahan yang mana jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.



Sekiranya lelaki itu disabitkan di mahkamah atas kesalahannya, dia akan dihantar pulang selepas menjalani hukumannya dan dilarang memasuki Singapura.



Pihak berkuasa ingin mengingatkan orang ramai agar menjaga kesihatan dan pernyataan perjalanan dengan serius, dan untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat.



Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati membuat pernyataan palsu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >