Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lesen kedai makan Chumpo2 Indonesian Padang di Rivervale Plaza digantung dek infestasi

Sep 28, 2023 | 08:09 PM



Lesen kedai makan Chumpo2 Indonesian Padang di Rivervale Plaza telah digantung selama dua minggu, berkuat kuasa 26 September hingga 9 Oktober 2023.

Demikian dinyatakan Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu notis kebersihan makanan bertarikh 26 September yang diterbitkan di laman webnya.

SFA berkata penggantungan ini adalah kerana kedai makan itu gagal memastikan premisnya bebas daripada infestasi. Namun tidak dinyatakan jenis infestasi tersebut.

Kedai makan itu telah mengumpul 12 mata demerit dalam tempoh 12 bulan dan dikenakan denda $800.

Kesalahan iaitu gagal memastikan premis bebas daripada infestasi berlaku pada dua kejadian berasingan, yang setiap daripadanya menyebabkan enam mata demerit dikenakan.

SFA menyatakan berdasarkan rekod, pemegang lesen yang mengumpul 12 mata demerit atau lebih dalam tempoh 12 bulan akan digantung lesen buat tempoh dua minggu atau empat minggu, atau dibatalkan sama sekali.

Semua yang mengurus makanan dan bekerja di premis yang digantung juga diperlukan untuk menghadiri semula serta lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 1, sebelum mereka boleh sambung pekerjaan mengurus makanan, kata SFA.

Pemegang lesen juga diperlukan untuk memastikan bahawa semua pegawai kebersihan makanan yang bekerja di premis yang digantung, sekiranya ada, menghadiri semula dan lulus Kursus Keselamatan Makanan WSQ Tahap 3.

SFA berkata: “SFA memandang serius kesalahan ini dan ingin mengingatkan pengendali makanan agar mematuhi amalan kebersihan peribadi dan makanan sepanjang waktu, dan hanya menggunakan kakitangan berdaftar untuk mengurus makanan.

SFA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang didapati melanggar Akta Kesihatan Awam Sekitaran.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >