Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lestari bahasa Melayu perlu kerjasama masyarakat: Rahayu

Lantas acara Bulan Bahasa 2023 dianjur pelbagai rakan kongsi masyarakat
Aug 01, 2023 | 07:55 PM



Pelestarian bahasa Melayu hanya boleh tercapai dengan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat, kata pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023, Cik Rahayu Mahzam.

Justeru, program Bulan Bahasa tahun ini akan dianjurkan oleh pelbagai rakan kongsi masyarakat, seperti sekolah, guru dan kumpulan minat, kata beliau.

Mengulas tentang usaha pelestarian bahasa Melayu pada sidang media Bulan Bahasa 2023 pada Selasa, Cik Rahayu, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), berkata:

“Saya juga mengalu-alukan anggota masyarakat, terutama keluarga, untuk menyertai program Bulan Bahasa tahun ini kerana mereka disediakan untuk menyemarakkan lagi penggunaan bahasa Melayu di mana sahaja, baik di luar bilik darjah mahupun di rumah.”

Bulan Bahasa 2023 akan berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober. Seperti tahun lepas, pelancarannya akan ditayangkan di televisyen pada 2 September pada 8.30 malam. Rakaman program tersebut akan dijalankan di Mediacorp pada 11 Ogos.

Antara program Bulan Bahasa yang akan dilancarkan tahun ini ialah bengkel lukisan batik Berbunga Batik and Bengkel Kartun oleh studio seni Kamal Arts.

Dalam bengkel lukisan batik itu, peserta akan belajar cara melukis bunga dan istilah-istilah berkaitan dengan warna. Dalam bengkel kartun pula, mereka akan belajar cara melukis dan menghasilkan cerita komik dalam bahasa Melayu.

Untuk mendekati golongan belia, Bulan Bahasa akan menggalak mereka meneroka kemahiran dan daya kreatif tarian bagi menyampaikan cerita dan nilai-nilai yang tersemat dalam kisah-kisah rakyat Melayu.

Di samping itu, Bulan Bahasa akan mendekati belia dengan menawarkan ‘filter’, atau penapis, Instagram dan pelekat WhatsApp untuk menggalak mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dalam talian.

Anak kecil juga akan didekati melalui bengkel Lakarkan Bunyian oleh syarikat penerbitan filem Elements Pictures. Ibu bapa dan anak mereka akan didedahkan kepada pelbagai jenis bunyi dan harus menggunakan imaginasi serta kosa kata Melayu untuk melukis apa yang mereka dengar.

Untuk menarik perhatian golongan yang meminat syair dan puisi Melayu pula, Bulan Bahasa akan mengadakan bengkel dan persembahan Tembang Syair Temasek oleh kumpulan persembahan puisi Syairpura.

Dianjurkan penggiat seni Encik Afi Hanafi dan Cik Anis Qurratu’aini, bengkel itu akan memperkenalkan syair Melayu kepada peserta melalui persembahan puisi.

Encik Afi Hanafi ialah antara empat Duta Bahasa yang dilantik untuk Bulan Bahasa tahun ini.

Turut dilantik sebagai Duta Bahasa ialah penerbit dan penyampai Berita Mediacorp, Cik Nursha Ismail; pegawai eksekutif Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Ustaz Nuzhan Halim; dan pemuzik tradisional Melayu, Cik Syafiqah ‘Adha Sallehin.

Selaras dengan hasrat melibatkan kerjasama masyarakat dalam usaha pelestarian bahasa Melayu, identiti kreatif Bulan Bahasa 2023 menampilkan enam ikon yang menandakan pelbagai lapisan masyarakat – palari, singa, kancil, gitar, pena dan roket.

Identiti kreatif itu, yang dilengkapi dengan tema Bulan Bahasa 2023 – ‘Cita, Citra, Cinta’ – akan digunakan sebagai iklan dan dipamerkan di bahagian luar bas awam.

Menurut ketua kreatif Jawatankuasa Bulan Bahasa 2023, Encik Chairul Fahmy Hussaini, bas perkhidmatan nombor 21, 28 dan 79 telah dipilih untuk mempamerkan iklan itu kerana mereka melawati kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >