Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Leukemia tidak patahkan semangat buru ilmu kejururawatan

Mar 10, 2019 | 05:30 AM



SEJAK berusia 14 tahun, Cik Siti Fatimah Shapiee perlu keluar masuk hospital selepas disahkan menghidapi leukemia.



Pada 2017, beliau terpaksa menangguhkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur selama setahun untuk menjalani pemindahan sel tunjang.



Selepas menjalani rawatan, beliau menyambung pelajaran dengan suntikan semangat baru demi mengejar impian menjadi jururawat.



Cik Fatimah, 21 tahun, yang kini menuntut di Politeknik Nanyang dalam jurusan yang sama, mengakui bahawa semasa kembali ke ITE setelah menjalani rawatan adalah tempoh mencabar kerana tubuhnya masih beransur pulih.



Beliau terpaksa pergi balik menaiki teksi dari rumahnya di Yishun ke sekolah di Tampines yang menelan belanja sehingga $60 setiap hari.



Mujur badan masyarakat seperti Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF) membantunya membiayai kos perjalanan.



"Saya amat menghargai sokongan yang saya terima daripada masyarakat. Inilah yang memberi saya motivasi menjadi seorang jururawat dan menyumbang kepada masyarakat.



"Semasa saya sakit, saya juga tersentuh dengan jagaan yang diberikan jururawat. Merekalah inspirasi saya untuk menceburi bidang ini," ujar Cik Fatimah, anak kedua dalam empat beradik.



Kisah Cik Fatimah pernah dilaporkan dalam Berita Harian pada 2016 apabila adiknya, Muhd Sufyan, waktu itu 11 tahun, menderma sel tunjang agar kakaknya dapat menjalani pemindahan sel tunjang.



Semalam, Cik Fatimah merupakan antara 22 pelajar yang menerima dermasiswa Dana Pendidikan Muslim Singapura (SMEF) di bawah naungan AMP.



Majlis penyampaian anugerah itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, sebagai tetamu terhormat.



Dilancarkan pada 2013, dana itu bertujuan menyokong pelajar bidang perubatan dan undang-undang di luar negara serta pelajar diploma yang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >