Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lima pengendali dipilih pasang tempat cas kenderaan elektrik

Nov 02, 2022 | 06:28 PM



SEKURANG-KURANGNYA 12,000 tempat mengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di semua tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang akhir 2025, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan hari ini. (2 November)



 LTA telah menganugerahkan tender kepada lima pengendali bagi pemasangan tempat mengecas tersebut, yang meliputi hampir 2,000 tempat letak kereta HDB di serata Singapura. 



Apabila siap kelak, setiap bandar HDB akan mempunyai tempat mengecas EV, kata LTA.



Tender yang dilancarkan pada April itu disifatkan sebagai “detik penting” dalam rancangan LTA untuk memperhebatkan prasarana mengecas EV. 



Pemerintah menetapkan sasaran untuk memasang 60,000 tempat mengecas EV di merata Singapura menjelang 2030, dengan 40,000 daripadanya dipasang di tempat letak kereta awam dan lagi 20,000 di premis-premis privet. 



Lima pengendali yang dipilih ialah: Charge+ Pte Ltd; ComfortDelGro Engineering Pte Ltd; SP Mobility Pte Ltd; Shell Eastern Petroleum Pte Ltd dan Strides Automotive Services Pte Ltd.



Mereka akan bertanggungjawab untuk mengerahkan tempat mengecas EV di tempat letak kereta HDB di bahagian utara, timur laut, timur, barat dan kawasan tengah Singapura. 



“Untuk mengukuhkan daya tahan rangkaian pengecasan EV, setiap kawasan telah diberikan kepada dua pengendali, dan setiap pengendali telah diberikan dua kawasan,” kata LTA.



LTA menerima 11 bidaan daripada “pelbagai pengendali cas EV”, menurutnya, sambil menambah bahawa syarikat-syarikat berkenaan dinilai berdasarkan gabungan beberapa faktor, seperti mutu pelan mereka. 



“Selain itu, sebagai sebahagian daripada pemeriksaan mutu pelan mereka, syarikat-syarikat itu juga dinilai berdasarkan keupayaan untuk menggunakan kapasiti bekalan elektrik dengan baik untuk menjana tempat mengecas EV,” menurut LTA. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >