Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Loji Pembakaran Tuas diganti setelah 36 tahun beroperasi

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



LOJI Pembakaran Tuas, yang telah tamat perkhidmatannya selepas beroperasi selama 36 tahun, kini akan diganti dengan loji baru, TuasOne.



TuasOne adalah loji penghasilan kuasa elektrik menerusi pembakaran sisa keenam di Singapura dan loji jimat penggunaan tanah paling berkesan sehingga kini.



Ia hanya menggunakan 4.8 hektar tanah - iaitu sekitar enam padang bola sepak - kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam satu kenyataan semalam.



Terletak di Tuas Avenue 3, loji itu berupaya membakar sebanyak 36,000 tan sisa dan menghasilkan 120 megawat kuasa elektrik setiap hari, cukup untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sekitar 240,000 unit rumah empat-bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), lapor The Straits Times (ST).



Ia mula beroperasi sejak lewat Disember lalu dan kapasiti operasinya telah meningkat secara beransur sejak itu, kata NEA.



Jika dibandingkan dengan Loji Pembakaran Tuas di Tuas Avenue 20, yang telah tamat perkhidmatannya, loji itu dibina di sebuah plot tanah tambak seluas 6.3 hetar dengan harga yang dijangkakan mencecah sekitar $200 juta.



Loji tersebut berhenti operasi pada Februari lalu.



Sejak ia mula beroperasi pada 1986, Loji Pembakaran Tuas telah mengendalikan sekitar 18 juta tan sampah biasa.



Bahang daripada proses pembakaran sisa itu telah digunakan untuk menghasilkan sekitar 6.4 juta megawat jam tenaga elektrik - cukup bagi membekalkan tenaga elektrik kepada sekitar 40,000 flat empat-bilik HDB - sepanjang 36 tahun ia beroperasi, kata NEA.



September lalu, satu kemalangan di loji itu menyebabkan dua orang terkorban.



NEA berkata ia akan meneroka kemungkinan menggunakan semula beberapa ciri daripada pasaran loji yang telah ditamatkan itu bagi kegiatan pengurusan sisa lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >