Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Low kembali ke politik untuk bantu WP? Terpulang kepada penduduk

Feb 13, 2022 | 08:50 PM



SOALAN berkaitan apakah mantan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, yang sudah bersara akan kembali ke arena politik untuk membantu parti itu mengatasi krisis, adalah soalan yang perlu ditanya kepada penduduk.



Namun, penduduk tidak perlu risau kerana terdapat ramai bakat di WP, kata Encik Low, dalam komen pertamanya selepas Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen mengeluarkan laporan Khamis lalu (10 Feb).



Jawatankuasa itu telah mengesyorkan tindakan ke atas mantan Anggota Parlimen WP, Cik Raeesah Khan, serta pemimpin parti Encik Pritam Singh dan Encik Faisal Manap bagi peranan mereka dalam pembohongan Cik Raeesah di Parlimen .



Bercakap kepada akhbar Cina Shin Min Daily News pada Jumaat (11 Feb), Encik Low, yang meletak jawatan sebagai setiausaha agung pada 2018 dan sebagai Anggota Parlimen GRC Aljunied dua tahun kemudian, berkata beliau menghargai sentimen penduduk yang menyeru beliau untuk kembali ke politik demi membantu WP melalui tempoh sukar ini.



"Terpulang kepada penduduk untuk bertanya kepada saya, dan saya akan memberitahu mereka lebih lanjut," kata Encik Low dalam bahasa Mandarin. "Malah, semua orang sangat prihatin. (Tetapi) ada banyak bakat dalam Parti Pekerja, jadi tidak perlu risau."



Beberapa pemerhati juga telah membangkitkan kemungkinan Encik Low muncul semula untuk menyelamatkan apa yang mereka lihat sebagai keadaan yang semakin teruk bagi WP.



COP telah menyarankan agar Cik Raeesah didenda $35,000, manakala Encik Pritam dan Encik Faisal dirujuk kepada Pendakwa Raya untuk siasatan bagi mempertimbangkan sama ada prosiding jenayah patut dimulakan.



Pada Sabtu (12 Feb), Encik Pritam menerbitkan gambar beliau bersama Encik Low, Anggota Parlimen Hougang, Encik Dennis Tan; dan mantan AP Hougang, Encik Png Eng Huat.



Mereka berempat telah menghadiri majlis yang diadakan oleh penduduk sebuah kondominium di Hougang.



Encik Pritam, Encik Faisal dan pengerusi parti Cik Sylvia Lim dijangka memberi komen lanjut mengenai laporan jawatankuasa itu pada hari Selasa (15 Feb), apabila Parlimen membahaskannya dan Anggota Parlimen mengundi sama ada untuk menerima cadangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >