Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA buka tender percubaan uji khidmat bas ikut permintaan

Aug 16, 2017 | 05:30 AM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) membuka tender bagi mendapatkan usul untuk percubaan khidmat bas awam yang mengikut permintaan dengan laluan yang dinamik.



Ini akan membolehkan penumpang menggunakan aplikasi alat mudah alih untuk meminta diambil dan diturunkan di mana-mana perhentian bas dalam kawasan tertentu.



"Daripada turun di perhentian bas di laluan yang tetap sahaja, beliau boleh meminta turun di mana-mana perhentian bas dalam kawasan itu, menjadikan perjalanan mereka lebih lancar dan mudah berbanding sekarang," kata LTA.



Tambahnya, khidmat sedemikian boleh menyampaikan khidmat yang lebih baik dan sesuai dengan penumpang, serta waktu menunggu yang lebih pendek.



Percubaan itu akan membantu LTA menilai sama ada khidmat bas sedemikian akan membolehkan bas dan tenaga pemandu bas digunakan dengan lebih berkesan serta mengurangkan kos operasi di kawasan dan pada waktu yang tiada ramai penumpang.



Percubaan itu juga dijangka dijalankan bagi tujuh khidmat bas di tiga kawasan - khidmat 253, 255 dan 257 di Joo Koon, khidmat 84 dan 382 di Punggol North dan Punggol West serta khidmat 400 dan 402 di Shenton Way dan Marina South - yang kini tidak mempunyai ramai penumpang semasa waktu tidak sibuk dan boleh memberi khidmat lebih baik kepada penumpang jika dijadikan khidmat mengikut permintaan.



Fasa pertama tender itu - yang akan diberikan pada suku keempat tahun ini - memerlukan syarikat yang berjaya menjalankan simulasi dan permodelan bagi menguji keperluan sumber dan mutu khidmat bagi membolehkan LTA menentukan garis panduan percubaan itu.



Bagi fasa kedua tender tersebut - yang akan diberikan pada suku kedua tahun depan - pengendali bas awam akan menguji dan menentukun huraian sofwe dan perkakasan yang ditawarkan syarikat yang berjaya sebelum percubaan bagi khidmat mengikut permintaan dengan laluan yang dinamik itu bermula pada separuh kedua tahun depan.



"Menjelang percubaan itu, LTA akan bekerjasama dengan pengendali bas dan masyarakat untuk mendidik dan membantu penduduk dan penumpang dalam kawasan yang terlibat dengan percubaan itu tentang bagaimana menggunakan khidmat bas tersebut," kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >